Resepi Aiskrim Magnum Homemade Perisa Vanila

Sekarang kan tengah viral aiskrim ala magnum homemade buat sendiri kat rumah.

Bila tengok ramai yang kongsi resepi, teringin nak buat jugak aiskrim homemade ala magnum perisa vanila tu.

Tq empunya resepi (Raja Amanina) kongsi resepi.

Ni kalau jual pun laku keras. Jual kat budak sekolah ke, kat taman perumahan ke. Memang best!

Cara Masak Aiskrim Magnum Homemade Perisa Vanila

Bahan-bahan Aiskrim Ala Magnum:

  • 2 cawan whipping krim (dairy) – boleh guna whipping krim aiskrim @ susu cair @ susu full cream
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1 sudu kecil ovelet
  • Sedikit esen vanila

Cara Buat Aiskrim Vanila Ala Magnum:

  1. Masukkan kesemua bahan kemudian kisar sehingga jadi gebu dan adunan kembang 2 kali ganda
  2. Untuk bahagian coklat salut luar aiskrim, ambil 350gm coklat masakan & dark coklat. Buat kaedah double boil
  3. Masak sehingga coklat cair, tunggu suam baru masukkan ke dalam piping bag
  4. Kemudian, masukkan coklat tersebut ke dalam plastik aiskrim dan ratakan
  5. Kuantiti coklat tu tak perlu nipis sangat tak perlu tebal sangat (agak-agak je)
  6. Kemudian tuang adunan aiskrim yang dikisar awal tadi ke dalam plastik aiskrim tersebut
  7. Sejuk bekukan aiskrim ala magnum dalam peti ais semalaman
Cara nak masukkan coklat kat dalam plastik aiskrim

Adunan coklat dan inti dalam takkan bercampur sebab resepi ni adunan akan jadi likat.

Coklat pun akan lekat pada plastik aiskrim dan mudah untuk tuang inti vanila kat bahagian tengah.

Biasanya ramai yang akan jual aiskrim malaysia je selama ni kan?

Sekali sekala jual aiskrim ala magnum ni memang confirm berebut orang nak beli.

Lagi-lagi tengah musim panas lit lit ni.

Kalau beli kat kedai aiskrim magnum rasanya satu RM3.50 ye? Hehe. Dya dah lama tak beli aiskrim kat kedai.

Jarang sangat makan aiskrim sebenarnya. Jadi, tak tahu harga semasa.

Kalau masa kecik dulu tu, yelah. Memang aiskrim magnum sentiasa jadi pilihan.

Baca Juga Resepi Tauhu begedil Homemade

CARIAN BERKAITAN:

  • perisa aiskrim magnum
  • aiskrim halal
  • aiskrim magnum halal jakim

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment