Resepi Ayam Goreng Berempah Serai Confirm Rangup Dan Sedap

Teringin nak makan ayam goreng berempah serai harini. Terasa dah bunyik krup krap masa ratah hampas serai tu. Hihi.

Goreng Ayam Berempah Serai Rangup Sedap

Resepi ni Dya campak-campak je. Tapi, alhamdulillah menjadik sangat.

Ayam rasa rangup kat luar, malah berjus kat dalam.

Bahan-bahan Ayam Goreng Berempah Serai Rangup:

Bahan kisar:

  • 10 tangkai Cili kering | belah dua, rebus. tos
  • 1 biji bawang besar | saiz sederhana
  • 2 biji bawang putih

    Kisar semua bahan di atas dengan sedikit air. Anggaran air, letak paras separuh bahan. Ketepikan. Ambil 2 sudu besar untuk campur ke dalam perapan ayam nanti.

Bahan perapan ayam berempah:

  • 2 sudu besar bahan kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb gula
  • secubit garam
  • sedikit jintan manis & ketumbar | ditumbuk
  • 2sb tepung beras
  • 5-6 ketul ayam
  • 8 batang serai | kisar kering sampai hancur
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali serai. Gaul rata.
  2. Ambil 2 sudu besar serai yang dah dikisar. Campurkan ke dalam bahan perapan
  3. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati.
  4. Perap selama 30 minit

Bahan hampas serai berempah:

  • Baki serai yang dikisar
  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sb gula
  • secubit garam
  • 2sb kari daging
  • 2sb tepung jagung
  1. Campurkan kesemua bahan. Kemudian basahkan dengan sedikit air.
  2. Tak perlu terlalu banyak. Air sekadar cukup untuk buat lekatkan bahan hampas serai tu je.

Cara Goreng Ayam:

  1. Selepas perap ayam, panaskan minyak dalam kuali.
  2. Goreng ayam serta masukkan juga daun kari. Goreng hingga garing bertukar keemasan.
  3. Kemudian angkat ayam dan tos.
  4. Guna kuali yang sama, goreng bahan hampas serai.
  5. Masukkan sedikit demi sedikit beserta daun kari juga.
  6. Gaul2 dan hancur-hancurkan hampas masa goreng supaya tak terlalu tebal melekat masa digoreng.
  7. Goreng sehingga garing keemasan. Angkat dan tos.
  8. Boleh hidang ayam bersama hampas serai berempah

Bau wangi serai, kari, jintan ,ketumbar memang asyik gila.

Makan pun non stop je ni.

Dya lebih suka ratah macamtu saja berbanding makan dengan nasi. Hihi.

Tapi kalau dapat pekena nasi kukus ni memang best sangat.

Lawannya sambal dan kari campuran ikan, daging & ayam.

Lepas cuba resepi ni, jangan lupa komen menjadi ke tak okay?!

Jom Cuba Masak Resepi Ayam Kari Tanpa Santan

Print resepi di bawah:

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon

Resepi Ayam Goreng Berempah Serai Confirm Rangup Dan Sedap


  • Total Time: 1 hour
  • Yield: 2 1x

Description

Dya lebih suka ratah hapas serai dan ayam goreng berempah ni camtu je. Rasa dia rangup kat luar, berjus kat dalam. Bau rempah ni wangi sangat.


Ingredients

Scale

Bahan kisar:

  • 10 tangkai Cili kering ( | belah dua, rebus, tos, buang biji)
  • 1 biji bawang besar ( | saiz sederhana)
  • 2 biji bawang putih

Bahan perapan ayam berempah:

  • 2 sb bahan kisar
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb gula
  • 2 sb tepung beras
  • 56 ketul ayam
  • 8 batang serai (| kisar kering sampai hancur)
  • sedikit jintan manis & ketumbar (| tumbuk halus)
  • secubit garam

Bahan hampas serai berempah:

  • 2 tangkai daun kari
  • 1 sb gula
  • 2 sb kari daging
  • 2 sb tepung jagung
  • secubit garam
  • Baki serai yang dikisar

Instructions

Cara Goreng Ayam Berempah Serai Sedap:

  1. Kisar halus semua bahan kisar dengan sedikit air. Anggaran air, letak paras separuh bahan. Ketepikan. Ambil 2 sudu besar untuk campur ke dalam perapan ayam nanti.
  2. Campurkan kesemua bahan untuk perapan ayam, kecuali serai. Gaul rata.
  3. Ambil 2 sudu besar serai yang dah dikisar. Campurkan ke dalam bahan perapan.
  4. Kemudian masukkan ayam dan gaul sebati. Perap selama 30 minit
  5. Selepas perap ayam, panaskan minyak dalam kuali.
  6. Goreng ayam serta masukkan juga daun kari. Goreng guna api sederhana
  7. Goreng hingga garing bertukar keemasan.
  8. Kemudian angkat ayam dan tos.
  9. Guna kuali yang sama, goreng bahan untuk hampas serai pula
  10. Campurkan kesemua bahan hampas serai dalam bekas kosong.
  11. Kemudian basahkan dengan sedikit air. Tak perlu terlalu banyak. Air sekadar cukup untuk buat lekatkan bahan hampas serai tu je. Gaul rata.
  12. Masukkan sedikit demi sedikit goreng ke dalam kuali, beserta daun kari juga. Gaul2 dan hancur-hancurkan hampas masa goreng supaya tak terlalu tebal melekat masa digoreng.
  13. Goreng sehingga garing keemasan. Angkat dan tos
  14. Boleh hidang ayam bersama hampas serai berempah
  • Prep Time: 30 minutes
  • Cook Time: 30 minutes
  • Category: Main Course
  • Cuisine: Mediterranean

Keywords: ayam berempah rangup sedap, ayam goreng berempah serai

CARIAN BERKAITAN:

  • ayam berempah simple
  • ayam goreng serai
  • resepi ayam goreng berempah rangup sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star