Ayam masak lemak cili api Air tangan ibu sentiasa jadi igauan anak-anak.
Suami kata makanan kegemaran dia ialah ayam masak lemak ibu.
Kita pun request la kat mak mertua. Nak try jugak rasa. Sekali bila mak mertua masakkan, nahhh kau.
Bertambah-tambah nasi bila makan. Nak pulak ikin suka makan pedas-pedas, kuah lemak berkrim. Fuhhhh.
Memang kaw la cili api dalam masak lemak yang mak mertua buatkan ni.
Print
ResepiAyam Masak Lemak Cili Api
Ingredients
Bahan-bahan :
- Ayam seekor, potong 18
- Lengkuas 4 saiz ibu jari, kisar
- Halia 1 saiz ibu jari, kisar
- Kunyit hidup 1 1/2 saiz ibu jari, kisar
- Bawang merah 1 1/2 biji, kisar
- Cili padi 15–25 biji, kisar
- Serai 3 batang, kisar
- Asam keping 1 keping
- Santan
- Garam secukupnya
- Gula kelapa secukupnya
Instructions
Cara Masak Ayam Masak Lemak:
- Bersihkan ayam, toskan dan ketepikan.
- Panaskan kuali tanpa minyak atas api yang perlahan. Masukkan bahan-bahan yang telah dikisar dalam kuali yang telah dipanaskan.
- Gaulkan bahan-bahan tersebut.
- Masukkan ayam ke dalam kuali bersama dengan bahan-bahan yang dikisar tadi. Gaul sehingga sebati.
- Biarkan seketika. Air daripada ayam akan keluar. Tidak perlu letak air ke dalam masakan.
- Masukkan santan sedikit. Gaulkan dengan sebati. Biarkan ia mereneh.
- Masukkan lagi santan sehingga kita berpuas hati dengan kepekatan masak lemak kita.
- Masukkan asam keping.
- Perasakan dengan garam dan gula kelapa secukupnya.
- Jika terlalu pekat, boleh tambahkan air untuk cairkan santan.
- Apabila ayam sudah masak dan masakan telah mendidih, tutup api.
- Angkat dan boleh dihidang.

Apa lagi, dah masak lemak ni pun salah satu makanan favourite suami, selaku isteri mithali, maka berlakulah sesi berguru dengan mak mertua. Jom lah kita praktis sama-sama kay…
Bila dah hidang tu, boleh lah makan dengan nasi panas. Ada pulak sambal belacan sebagai gandingan dan ulam-ulaman. Makan tak toleh-toleh dah. Hehe. Cuba jangan tak cuba!
Tips Ayam Masak Lemak
Nak lagi sedap masakan, boleh gunakan santan segar. Pilihan lain boleh gunakan santan kotak yang dijual di kedai-kedai. Jika mahu guna santan kotak, ikin cadangkan gunakan ekstrak santan Kara.
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Masak lemak cili api simple
- Ayam masak lemak cili padi
- Mudahnya buat ayam masak lemak
- Masak lemak cili berapi
Inti Artikel:
Komen Jika Resepi Ini Sedap
- Resepi Laksam Gluten Free, Ringkas dan Sedap! - June 28, 2023
- Resepi Churros Gluten Free, Simple Dan Rangup! - June 27, 2023
- Nugget Ayam Keto, Simple dan Sedap! - June 18, 2023