Resepi Simple Ayam Masak Merah Sedap

Dari kecik, ayam masak merah air tangan mama sentiasa kami tunggu-tunggu. Sedap sangat bila dapat makan cicah dengan ketupat atau nasi panas.

Bila tiap kali munjung ke rumah sedara mara, ayam masak merah mama lah paling orang rebutkan dan akan habis dulu. Haha!

ayam masak merah simple

Ayam Masak Merah Simple Tapi Sedap

Sekarang ni, Dya pulak yang masak resepi ayam masak merah. Nampak simple tapi sangat sedap.

Bahan-bahan yang digunakan cara Dya takdalah renyah sangat. 

Untuk makluman, lain tempat lain resepinya. 

Bila bahan rempah lain, rasa pun berbeza.

Tapi, yang pasti, resepi Dya kongsikan kat sini sebijik rasa macam lauk air tangan mama. 

Memang jadi igauan semua. Hehe.

Resepi Ayam Masak Merah

Resepi ni simple dan sedap dimakan bersama ketupat serta nasi panas
Prep Time15 mins
Cook Time30 mins
Course: Main Course
Keyword: ayam masak merah, ayam masak merah simple sedap

Ingredients

Bahan kisar:

  • 2 Biji Bawang Besar
  • 4 Biji Bawang Putih
  • 2 Genggam Cili Kering | belah dua, rebus dan tos sebelum kisar

Bahan-bahan Utama Ayam Masak Merah:

  • 6-7 Ketul Ayam
  • 1 Batang Kayu Manis
  • 1 Kuntum Bunga Lawang
  • 4 Tangkai Cengkih
  • 4 Biji Buah Pelaga
  • 1 Senduk nasi Sos Cili
  • 1 Keping Asam Keping
  • 1 Biji Tomato | Belah 4
  • 1 Batang Daun sup & Daun Bawang | Hiris halus
  • 1 Biji Bawang Besar | Hiris bulat
  • Garam dan Gula | Secukup Rasa

Instructions

Cara Simple Masak Ayam Merah:

  • Panaskan minyak di dalam kuali, tumis cengkih, kayu manis,bunga lawang dan buah pelaga
  • Masukkan bahan kisar ke dalam tumisan. Tumis sehingga pecah minyak. Masak dengan api kecil
  • Kemudian masukkan sedikit air, asam keping, tomato, sos cili, gula dan garam secukup rasa.
  • Masukkan juga kesemua ayam. Gaul rata. Tunggu sehingga ayam empuk.
  • Kalau terlalu pedas, tambahkan sedikit gula dalam masakan dan balancekan rasa dengan garam juga.
  • Masukkan pula bawang yang dihiris bulat. Gaul sebati.
  • Bila kuah sambal dah ngam2 sederhana kering, boleh angkat dan hidang bersama taburan daun sup dan daun bawang

Notes

Kalau takda daun sup/daun bawang, Dya akan guna hirisan daun limau untuk mengharumkan bau masakan ayam masak merah

Ada orang buat ayam masak merah guna rempah seperti serai dan lengkuas.

Tapi family di Johor lebih suka ayam masak merah yang berkuah, baru terasa sambalnya.

Sebab kalau letak rempah serai dan lengkuas, tekstur kuah sambal akan jadi pekat dan kasar sikit.

Lepasni cuba buat Resepi Keli Berlada pulak ok?

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment