Bom Bijan Inti Kelapa Tanpa Gluten Dan Bulat Cantik

Antara kuih kegemaran saya, kuih bom bijan tanpa gluten sebab bila gigit kuih tu terasa kenyal. Kemudian, rasa manis dari inti kelapa melengkapkan rasa keseluruhan kuih.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
bom bijan inti kelapa

Bom Bijan Inti Kelapa


  • Author: dhia
  • Total Time: 35 minutes
  • Yield: 3 orang 1x
  • Diet: Gluten Free

Description

Buat kuih bom bijan keledek tanpa gluten tak perlu guna gandum pun. Inti kelapa pula guna gula kelapa asli. Sedap!


Ingredients

Scale

STEP A: Bahan Kulit Kuih Bom

STEP B: Bahan Inti Kelapa

  • Sedikit Air ( kuantiti agak2 saja)
  • Secukupnya Gula Kelapa asli (Kuantiti secukup rasa)
  • Secubit Himsalt
  • Secukupnya Kelapa Parut

Instructions

STEP A: Cara Buat Kulit Kuih Bom Bijan

  1. Masukkan keledek, tepung pulut, tepung beras dan garam ke dalam 1 bekas
  2. Gaul rata sehingga adunan tak melekat pada tangan

STEP B: Cara Masak Inti Kelapa

  1. masak api sederhana Masukkan sedikit air dalam kuali
  2. Larutkan gula kelapa, garam secukupnya
  3. Bila dah cair sekata, masukkan kelapa parut
  4. Masak hingga inti berwarna gelap keperangan
  5. Tutup api

STEP C: Cara Buat Kuih Bom Bijan

  1. Lumurkan tangan dengan sedikit minyak masak
  2. Bulatkan kulit kuih bom kemudian tekan leper untuk masukkan inti kelapa
  3. Tutup semula dengan bulatkan kulit kuih tersebut
  4. Golekkan kuih atas bijan dengan rata
  5. Panaskan minyak dalam kuali. Guna api sederhana
  6. Dah panas, masukkan kuih bom dan goreng guna api kecil
  7. Sentiasa balikkan kuih
  8. Goreng sehingga warna keperangan
  9. Angkat dan hidang
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 20 minutes
  • Category: Dessert
  • Cuisine: Malaysia

Keywords: bom bijan, kuih bom bijan, resepi kuih bom bijan bulat cantik, resepi kuih bom inti kelapa

bom bijan keledek inti kelapa
kuih bom

Cara Nak Tau Kuih Bom Campur Gandum

Kuih bom yang dijual di pasaran rata-rata akan campur tepung gandum.

Mungkin tujuan untuk jimat penggunaan tepung pulut dan keledek

Bila campur gandum, kuih sebenarnya akan kurang kenyal dan kurang sedap

Tambahan pula, gandum hanya mendatangkan radang pada perut.

Jadi, uli sendiri je la kat rumah.

Sebab kita tau bahan apa yang kita akan guna pakai terutamanya jenis gula.

Gula Rendah Gi

Guna gula kelapa asli lebih sihat dan Gi rendah, 35% berbanding gula putih punya GI, 100%.

Manis tetap sama dan sedap. Cuma harga berbeza

Nak sihat memang mahal harganya. Hehe.

Tapi, perlu ingat walaupun bahan kita guna pilihan sihat, tetap makan berpada-pada

Guna konsep low carb, high fat & protein

Kalau teringin sekali sekala makan dua ketul cukuplah. Jangan makan sebakul pulak. Hehe.

Baca Juga: Resepi Kuih Kaswi Pandan Viral

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Kuih bom bijan rangup bulat cantik
  • Kuih bom inti kelapa
  • Resepi kuih bom keledek inti kelapa

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star