Cara Buat Cendol Homemade Sedap, Kenyal, Gluten Free

Resepi Cara buat cendol homemade yang sedap, kenyal boleh cuba di bawah.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
resepi cendol sedap kenyal

Resepi Cendol Homemade


  • Total Time: 1 hour
  • Yield: 4 Orang 1x
  • Diet: Gluten Free

Description

Resepi cara buat cendol ni guna 2 jenis tepung gluten free iaitu tepung ubi dan tepung beras. Cendol jadi sedap, kenyal tak putus


Ingredients

Scale

Bahan Ramuan Cendol Gluten Free:

  • 250 g Tepung beras
  • 1 Sb Tepung Ubi
  • 8 Cawan Air pandan (kisar daun pandan dan tapis air)
  • 1 Sk Air Kapur

Instructions

Cara Buat Cendol Hijau

  1. Campurkan kesemua bahan diatas. Gaul rata guna api sederhana
  2. Masa dah nak pekat tu kecilkan api dan teruskan kacau sampai cendol masak cantik. Masak sehingga menjadi pekat likat dan nampak berminyak.
  3. Dah masak pekat berkilat boleh tutup api biar suam2
  4. Kemudian masukkan ke dalam piping beg. Gunting hujung piping beg sedikit. Jangan besar sangat. Terpulang nak cendol tu jadi besar mana
  5. Tekan-tekan cendol ke dalam air yang berisi ais batu
  6. Biarkan sekejap kemudian tapis ambil cendol yang dah siap

Step Masak Santan Cendol

  1. Masak santan perah dan tabur secubit garam . Kalau santan terlalu pekat, tambahkan sedikit air bagi seimbang kepekatan kuah santan
  2. Masak sekejap je cukup panas boleh angkat dan biarkan suam

Cara Hidang Cendol Santan

  1. Masukkan cendol dan biji sago ke dalam mangkuk
  2. Tuangkan kuah santan cendol dan juga gula kelapa yang dah dicairkan (gula kelapa cairkan guna air panas. Kuantiti secukup rasa)
  3. Masukkan juga ais untuk menyejukkan cendol
  4. Jika ada durian atau pulut bolehla campur sekali dalam minuman cendol tu sebagai penambah rasa
  5. Siap untuk dimakan
  • Prep Time: 30 minutes
  • Cook Time: 30 minutes
  • Category: Dessert
  • Cuisine: Malaysia

Keywords: cara buat cendol, cara buat cendol hijau, cara buat cendol lembut di rumah, resepi cendol sedap, resepi cendol viral

cara buat cendol

Cendol yang sedap bilamana kita makan tu rasa kenyal dan tidak putus hancur.

Buat Cendol Guna 3 Jenis Tepung Bebas Gluten

Rupanya cendol ni diperbuat menggunakan bahan tepung gluten free!

Saya pun baru tahu, nak buat cendol guna 3 jenis tepung bebas gluten iaitu tepung ubikayu, tepung beras dan tepung jagung.

Tapi nak tukar cendol tu jadi minuman pilihan sihat, pastikan bahan yang kita gunakan pun betul

Jangan guna gula putih okay? Ganti guna gula kelapa asli sebagai pemanis.

Baca Juga: Bahan Pengganti Telur Dalam Masakan

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi cendol sedap
  • cara buat cendol yang lembut
  • resepi air cendol hijau

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star