Description
Resepi cara buat cendol ni guna 2 jenis tepung gluten free iaitu tepung ubi dan tepung beras. Cendol jadi sedap, kenyal tak putus
Ingredients
Scale
Bahan Ramuan Cendol Gluten Free:
- 250 g Tepung beras
- 1 Sb Tepung Ubi
- 8 Cawan Air pandan (kisar daun pandan dan tapis air)
- 1 Sk Air Kapur
Instructions
Cara Buat Cendol Hijau
- Campurkan kesemua bahan diatas. Gaul rata guna api sederhana
- Masa dah nak pekat tu kecilkan api dan teruskan kacau sampai cendol masak cantik. Masak sehingga menjadi pekat likat dan nampak berminyak.
- Dah masak pekat berkilat boleh tutup api biar suam2
- Kemudian masukkan ke dalam piping beg. Gunting hujung piping beg sedikit. Jangan besar sangat. Terpulang nak cendol tu jadi besar mana
- Tekan-tekan cendol ke dalam air yang berisi ais batu
- Biarkan sekejap kemudian tapis ambil cendol yang dah siap
Step Masak Santan Cendol
- Masak santan perah dan tabur secubit garam . Kalau santan terlalu pekat, tambahkan sedikit air bagi seimbang kepekatan kuah santan
- Masak sekejap je cukup panas boleh angkat dan biarkan suam
Cara Hidang Cendol Santan
- Masukkan cendol dan biji sago ke dalam mangkuk
- Tuangkan kuah santan cendol dan juga gula kelapa yang dah dicairkan (gula kelapa cairkan guna air panas. Kuantiti secukup rasa)
- Masukkan juga ais untuk menyejukkan cendol
- Jika ada durian atau pulut bolehla campur sekali dalam minuman cendol tu sebagai penambah rasa
- Siap untuk dimakan
- Prep Time: 30 minutes
- Cook Time: 30 minutes
- Category: Dessert
- Cuisine: Malaysia
Keywords: cara buat cendol, cara buat cendol hijau, cara buat cendol lembut di rumah, resepi cendol sedap, resepi cendol viral