Cara Buat Pentol Daging Bakso Sendiri Di Rumah

Resepi cara buat daging bakso ni dikongsikan oleh Mamaa bella. Biasanya kita akan beli daging bakso jenis frozen kat kedai kan?

Apakata cuba buat daging/pentol bakso sendiri kat rumah.

Boleh dapat banyak pentolan & lebih lazat.

Cara Buat Pentol Daging Bakso Sendiri Di Rumah

Harini saya nak bagi resepi wat bebola bakso/bebola daging. Cubalah resepi simple cara saya.

Daging bakso setelah direbus

Daging dibulatkan sendiri (kredit gambar mamaa bella)

Bahan2 untuk masak daging bakso:

Daging cincang ramli 2 pkt
Dada ayam 300 g ( bland halus )
Bawang rose goreng 3 sdb
Bawang putih goreng 1 sdb
Lada putih 1/2 sdk
Telor 1 biji
10 sdb tepung ubi
Garam
Air utk merebus bebola

Cara Buat Pentol Daging Bakso Sendiri Di Rumah

Daging bakso setelah direbus

Cara-cara buat daging bakso homemade:

  1. Masukkan semua bahan kecuali tepung ubi,gaul semua bahan hingga rata
  2. Dan akhir sekali masukkan tepung ubi.
  3. Panas kan air dalam kuali masukkan 1 sdk garam dan 1 sdb minyak masak biar mendidih
  4. Kemudian masukkan bebola bakso.
    Nak tau bebola dah masak,bebola akan timbul ke atas.
Daging bakso setelah direbus

Siap untuk dihidang

Resepi ini sudahpun dikreditkan kepada pemilik asal di kolum penulis di atas.

 Baca Juga Resepi Nasi Goreng Kampung Belacan Pedas

CARIAN BERKAITAN:

  • cara membuat bakso daging sapi
  • resep bakso daging cincang
  • cara membuat bakso sapi sendiri
  • resep bakso enak untuk jualan



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment