Cara Masak Maggi Goreng Asam Laksa Cepat Dan Simple

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Makan maggi selalu sebenarnya kurang elok. Tapi, maggi sedap weh! Hehe. Kadang kalau dah teringin sangat memang Dya masak maggi je.

Tapi cara masak Dya akan make sure rebus dulu maggi tu, buang airnya. Sebab kata orang, maggi ni ada lilin.

Jadi, rebus dulu buang airnya, barulah buat kuah dia. Tu cerita maggi berkuah. Yang ni Dya nak share maggi goreng paling simple kat korang.

Cara Masak Maggi Goreng Asam Laksa Cepat Dan Simple

Kalau order kat kedai tak pernah kena dengan tekak ni. Especially kedai mamak. Rasa maggi goreng kat kedai tawar & rupa pun tak semenggah.

Jadi lebih baik masak sendiri je kat rumah. Kan? Hehe.

Cara Masak Maggi Goreng Asam Laksa Cepat Dan Simple

Bahan simple masak maggi goreng asam laksa:

1 bungkusan meggi asam laksa

4 ketul udang

1 biji bawang besar (hiris)

1 biji bawang putih (hiris)

5 tangkai cili padi (hiris)

Garam dan gula secukup rasa

Sedikit kicap manis

 

Cara Masak Maggi Goreng Asam Laksa Cepat Dan Simple

Cukup untuk sorang makan je. Hehe

Cara goreng meggi asam laksa:

  1. Masukkan sedikit minyak untuk goreng udang/ayam dahulu. Bila udang/ayam dah masak, ketepikan sikit dari minyak dalam kuali tu
  2. Tumis bawang besar, bawang putih dan cili. Kemudian gaul rata dengan udang/ayam tadi. Masak guna api slow.
  3. Kemudian masukkan perencah asam laksa ke dalam tumisan dan gaul segera supaya tidak hangus.
  4. Terus masukkan maggi ke dalam tumisan tadi. Gaul rata.
  5. Masukkan pula secubit gula dan sedikit kicap ke dalam masakan. Jika rasa tawar, masukkan sedikit garam ke dalam masakan.
  6. Hias dengan hirisan limau
  7. Siap! Dah boleh hidang untuk diri sendiri. Hehe

Cara masak memang simple dan cepat gila. Tapi, make sure masa dah masuk perencah tu korang gaul2 je.

Jangan korang bagi lama pulak rempah tu atas kuali. Hangus nanti. Tu yang kena cepat-cepat masukkan maggi yang da siap direbus asing.

Kenapa letak gula? Sebab nak bagi rasa lebih sedap pada meggi goreng asam laksa korang tu.

Kalau suka lagi masam, perah je hirisan limau kat hidangan korang. Confirm makan sampai licin!

Baca Juga Soto Sup Daging Stail Cina Sedap Giler

 

 

CARIAN BERKAITAN:

  • maggi goreng simple
  • resepi maggi goreng mamak pedas
  • maggi goreng resipi chef wan
  • azie kitchen maggie goreng pedas

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

One Response

  1. Yanti July 9, 2019

Add Comment