Cara Masak Roti Bakar Kepingan Ayam Keju Meleleh

Resepi cara masak dan bakar guna roti ni ada banyak sebenarnya. Rasa lemak dan gebu roti membuatkan apa saja bahan yang digandingkan bersama rasa lebih sedap. Apatah lagi kalau letak ayam & keju. Peh.

Cara Masak Roti Bakar Kepingan Ayam Keju Meleleh

Terpulang pada kita untuk mencorakkan resepi masing-masing. Hehe. Kadang bosan jugak makan roti hanya sekadar ada telur hancur, atau paling sedih hanya celup kat air kopi je. (Ehh sedihke?. Hehe)

Cara Masak Roti Bakar Kepingan Ayam Keju Meleleh

So, harini saja je gatai tangan buat resepi moden kat roti keping kat rumah ni. Tambah kepingan ayam, puri tomato, rencah sikit , tabur keju. Lepastu bakar. Siap!

Baca Juga Resepi Bebola Kentang Sedap Inti Cheese

Bahan-bahan yang diperlukan takda lah sikit sangat (banyak jugaklah). Antaranya:

Bahan Masak Roti Bakar Kepingan Ayam Keju Meleleh:

  • 2 Sb minyak masak
  • 1 Biji bawang merah (cincang halus)
  • 1 Sb serbuk lada hitam MAK SITI
  • 2 Biji bawang putih (cincang halus)
  • 1 Sb serbuk cili MAK SITI
  • 1 Sb kicap soya
  • 3/4 cawan air
  • 1 Sb serbuk kari ikan MAK SITI
  • 1 Tin puri tomato
  • 250gm PARMESAN cheese
  • 1 Sb serbuk cili MAK SITI
  • 1 Paket roti keping
  • 380gm kepingan ayam hiris (ramly’s)
  • 2 Sb gula
  • Secubit garam

Cara bakar roti bersama kepingan ayam inti keju:

Sos untuk dilapis bersama roti:

  1. Panaskan minyak masak/minyak zaitun. Masukkan bawang putih dan bawang merah. Tumis sehingga naik bau wangi
  2. Kemudian masukkan serbuk cili, serbuk kari ikan, serbuk lada hitam ke dalam kuali tadi. Gaul sebati.
  3. Jangan biar terlalu lama. Terus masukkan garam, gula puri tomato serta air
  4. Gaul sebati dan masak seketika. Kemudian angkat untuk lapiskan bersama roti keping hancur/serbuk roti yang dah disusun di dalam mangkuk kaca.

Cara penyediaan:

  1. Ambil kerak tepi roti dan hancurkan. Kemudian letak di dalam mangkuk sebagai bahan dasar masakan
  2. Tuangkan kuah sos yang dah dimasak tadi. Taburkan parmesan cheese.
  3. Ambil roti keping dan giling jadi nipis. Kemudian lapiskan dengan kepingan ayam dan salad. Gulung roti dan susun di dalam mangkuk yang dah siap letak sos serta serbuk roti tadi
  4. Kemudian tabur serbuk lada hitam, parmesan cheese di atas gulungan roti tu.
  5. Bakar di dalam oven selama 15minit, 180° darjah kepanasan
  6. Siap! Dah boleh hidang.

Saya sarankan korang untuk tengok video cara penyediaan kat bawah. Lebih senang dan cepat faham:

 

Summary
Recipe Name
cara bakar roti keping inti keju
Author Name
Published On
Preparation Time
Cook Time

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment