Terliur tengok Tiktok penuh dengan churros dekat fyp. Sekali masuk kat mulut, rangup dan lembut je tengok orang lain makan.
Print
Resepi Churros Simple Dan Rangup!
- Total Time: 50 minutes
- Yield: 3 orang 1x
- Diet: Gluten Free
Description
Rangup kat luar lembut kat dalam. Cicah panas-panas dengan sos coklat homemade. Fuhh!
Ingredients
Bahan-bahan Churros Gluten Free:
- 130 g tepung beras (tanpa campuran)
- 40 ml minyak
- 230 ml air
- 2 biji telur
- Garam himsalt secukupnya.
Bahan-bahan Sos Coklat:
- 90 g dark chocolate
- 240 ml susu (guna susu pilihan sihat)
- 2 tbsp cocoa powder
Instructions
Cara-cara:
- Panaskan air, minyak dan garam sehingga mendidih.
- Masukkan tepung beras dan kacau sehingga sebati.
- Masakkan adunan selama 5 minit dengan api yang perlahan
- Tutup api, masukkan telur sedikit demi sedikit ke dalam adunan.
- Kacau perlahan-lahan sehingga adunan menjadi pekat untuk di piping.
- Masukkan adunan dalam piping bag dan pipe ke dalam minyak masak yang panas.
- Gorengkan ia menjadi warna kuning keemasan.
- Toskan dan siap untuk dicicah dengan sos coklat
Cara-cara buat sos coklat:
- Panaskan susu dan campurkan dark chocolate dan cocoa powder ke dalam susu sebelum ia mendidih.
- Biarkan selama 2 minit dan kacau sos coklat sehingga sebati.
- Prep Time: 20 minutes
- Cook Time: 30 minutes
- Category: Kuih Muih
- Cuisine: Malaysia
Keywords: churros rangup di luar lembut kat dalam, resepi cara buat churros, Churros homemade

Daripada dok teringat-ingat kat seketul churros yang rangup, lembut ni, baik la ikin try buat. Meh ikin share resepi tu. Sharing is caring bak kata orang putih. Hehe.
Tips Buat Churros
Pastikan adunan tu tak cair sangat, tak terlalu kental. Pastikan just nice je untuk piping. Barulah menjadi, bentuknya pun lawa memanjang je.
Kat kawasan ikin duduk ni, susah nak jumpa snack churros.
Kalau pisang goreng ke, cendawan goreng ke, memang banyak la jual kat tepi-tepi jalan tu.
Try la tengok resepi yang orang lain share. Hmm.. macam boleh buat sendiri je.
Bahan-bahan dia pun semua ada kat dapur. Basic je macam tepung beras, minyak, air dan telur.
Biasanya nak bagi simple, tabur dengan gula dan cinnamon powder.
Kalau gula, ikin suggest, guna gula kelapa. Tu pilihan yang lebih sihat berbanding gula putih.
Ada juga orang yang cicah dengan sos coklat. Yang suka pandan, buatlah sos pandan yang manis wangi tu.
Baca Juga Resepi Cucur Nasi Ikan Bilis Simple Tapi Sedap dan lembut!
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi churros rangup
- Resepi sos coklat sedap
Table of Contents
Komen Jika Resepi Ini Sedap
- Resepi Laksam Gluten Free, Ringkas dan Sedap! - June 28, 2023
- Resepi Churros Gluten Free, Simple Dan Rangup! - June 27, 2023
- Nugget Ayam Keto, Simple dan Sedap! - June 18, 2023