Rindunya nak makan fucuk goreng berinti, yong tau fu pasar malam! Biasanya Dya akan ambil bahagian fucuk roll. Pernah jugak cari kat pasaraya.
Tapi jarang-jarang orang jual fucuk roll berinti jenis besar macam kat pasar malam.
So, baik buat sendiri je kat rumah versi sihat punya. Jom!
Print
Resepi Fucuk Roll Goreng Berinti
- Total Time: 34 minute
- Diet: Gluten Free
Ingredients
- Udang **
- Isi ayam **
- Capsicum hijau, merah **
- Daun bawang **
- Carrot | diparut
- 2 sb minyak bijan
- 2sb tepung jagung
- mushroom seasoning
- Fucuk | rendam dahulu, bentuk segi empat
Instructions
Cara Buat:
- Kisar kedua bahan bertanda ** diatas. Dya guna mesin kisar food processor. Senang daging/ayam/seafood hancur bila kisar
- Kemudian campurkan dengan bahan lain kecuali fucuk. Gaul rata
- Ambil fucuk yang dah direndam awal tadi. Letak inti di dalam fucuk, kemudian balut seperti buat popia.
- Masukkan sedikit minyak dalam kuali, boleh goreng fucuk berinti tu. Balik-balikkan hingga fucuk roll berwarna keperangan
- Dah siap dan boleh hidang makan. Senang kan?
Notes
Tips: Cicah fucuk rolls berinti dengan sos lemon butter. Sedap gila! Rasa lemak berkrim ada masam lemon sikit. Hehe.
- Prep Time: 15 Minit
- Cook Time: 10 Minit
- Category: Ayam
- Cuisine: Malaysia
Keywords: fried fucuk recipe, resepi fucuk goreng berinti, resepi fucuk goreng

Fucuk Ni Apa?
Kulit Fucuk goreng ni diperbuat daripada kacang soya yang dah dimasak jadi air soya. Cara nak buat kulit fucuk ni pun senang sangat.
Tunggu bahagian atas air soya memanas jadi berkedut & kekuningan. Angkat dan tos kan.
Kemudian jemur sampai kering.
Nanti saya akan kongsikan resepi penuh cara buat kulit fucuk ni
Untuk yang nak cepat, beli je fucuk yang ada dijual kat kedai runcit, rendam bagi lembut lepastu kita balut isi inti pilihan.
Guna Fucuk Untuk Sambal Jawa
Biasanya kalau kat kedai mak saya, menu wajib ada setiap hari adalah sambal goreng jawa. Dan fucuk antara bahan yang ada di dalam tu.
Dipotong kecil dan dimasak dengan sayuran lain.
Sedap bila makan, sebab kenyal-kenyal bila digigit.
Buat Fucuk Goreng Berinti Versi Homemade Lebih Sihat
Bagi saya, makanan yang kita buat sendiri di rumah lebih terjamin keselamatan, tahap kebersihannya dan paling penting sihat dimakan.
Sebab, kita tau apa bahan yang kita masukkan
Takda pengawet, gula tambahan dan bahan pelik lain
Malah perasa pun guna jenis pilihan sihat juga iaitu mushroom seasoning, untuk beri rasa umami pada makanan fucuk ni.
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Fucuk goreng
- Fried fucuk recipe
- Resepi fucuk goreng berinti
- Jagung cheese Leleh