Banyak kali sebenarnya Dya dah buat resepi jagung cheese leleh.
Lepastu hirup kuah dia, MashaAllah sedap sangat! Haha.
Korang bolehla cuba masak kat rumah untuk santapan sekeluarga. Jom!
Print
Resepi Viral Jagung Cheese Leleh
- Total Time: 53 minute
- Diet: Gluten Free
Ingredients
- 5 batang jagung | dibuang dulu bahagian batangnya, ambil biji jagung sahaja
- 2 sb susu pekat | saya guna susu pekat gluten free homemade
- secukupnya susu almond @ susu A2
- 2sb unsalted butter
- Lada sulah secukupnya
- Garam Himsalt secubit
- Cheese cheddar | kuantiti ikut suka
- Sehelai daun pandan | ikat simpul
Instructions
- Masukkan semua bahan dalam periuk. Masak sehingga kuah pekat sedikit. Perasakan dengan garam secukupnya. Kalau nak extra manis, boleh tambah sedikit gula. Saya guna gula tebu organic (ORCS). ataupun gula kelapa organik @ stevia
- Dah siap boleh angkat dan hidang untuk dihirup kuah sekali isinya. Hehe
Notes
Kuantiti gula kelapa @ stevia, susu pekat homemade ikut citarasa masing-masing
- Prep Time: 10 Minit
- Cook Time: 15 Minit
- Category: Manisan
Keywords: jagung cheese leleh, resepi jagung cheese

Gluten Free Tapi Bukan Keto Friendly
Senang kan nak buat? Bahan yang saya guna untuk diri sendiri makan, jenis gluten free tapi tak keto friendly sebab ada gula ORCS dalam masakan.
Tapi masih juga bagus sebab saya guna susu A2. A2 ni susu yang sesuai untuk diminum oleh mereka yang ada masalah gerd, leaky gut, ekzema. Susu almond pun ok. Susu almond pulak jenis lulus KETO.
Pilihan gula yang ok adalah gula ORCS atau nak lagi ok gula kelapa organik. ORCS punya GI lebih rendah banding gula putih. Makanya kadar resapan gula dalam darah tu takdala selaju gula putih. Tapi, masih juga perlu berpada-pada pengambilannya.
Gula Kelapa & Stevia Pilihan Sihat
Gula kelapa organik pun rendah GI. Yang ni boleh makan banyak sebab dia antiradang dan ada banyak khasiat lain.
Tapi paling best, guna stevia. Setitis dua pun dah manis!
Cumanya kena hati-hati pilih. Sebab ada stevia yang letak gula tiruan seperti suklarose ke dalam stevia mereka.
Cari yang trusted okay?
Stevia zero calorie & zero sugar
Nak makan sedap dalam masa yang sama nak badan yang sihat. Sebabtu saya tukar bahan dalam masakan
Jagung Cheese Leleh Guna Gula Mana Satu?
Secara peribadi, saya memang dah tak makan menggunakan gula ORCS sekarang ni.
Di rumah hanya ada gula kelapa & stevia sahaja
Kalau untuk saya dan keluarga semestinya akan guna 2 jenis gula ni sahaja.
Guna stevia pun elok sebab tidak beri kesan pada bacaan gula dalam darah selepas makan
Tapi, jangan lupa makanan seperti jagung dan susu masih ada kandungan gula.
Cumanya ianya gula natural/semulajadi yang memang sedia ada dalam makanan tersebut.
Bukanlah gula merbahaya seperti gula yang dah diubahsuai oleh manusia (gula putih/gula tiruan)
Jadi, takda masalah nak makan.
Kecuali lah kalau kalian ada sakit kronik dan lain-lain. Maka perlu rujuk doktor pemakanan untuk plan pemakanan yang betul untuk rawat dahulu kondisi kesihatan sedia ada tu.
Bila dah sihat, makanla makanan yang Allah dah jadikan di dunia ni dengan senang hati. InshaAllah, memberi banyak manfaat yang sepatutnya kita dapat.
Cuba Juga Resepi Fucuk Roll Berinti
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN:
- Jagung cheese viral
- resepi jagung cheese leleh
- serawa durian sedap pekat melekat