Resepi Cara Membuat Jem Rambutan Manis Sedap

Pernah tak makan atau buat resepi jem perisa rambutan? Rasa sedap manis dan berbeza berbanding kebiasaan kita.

Biasanya kalau pergi kedai, korang hanya akan nampak jem coklat, strawberi, Nnenas, bluberi.

Tapi bila buat sendiri kat rumah, macam-macam perisa kita boleh buat kan?

Macam Dya, lebih suka buat sendiri jem kat rumah. Sebab lebih terjamin kebersihan dan kita boleh kawal sukatan gula yang kita nak guna untuk jem.

Kalau beli kat kedai, contohnya jem nenas.

Dya pernah beli jem nenas kat kedai, manis dia mashaAllah. Manis leting!

Sejak tu, kalau untuk makan sendiri, Dya lebih suka resepi air tangan sendiri je. Hehe.

Bahan-bahan Resepi Jem:

  • Rambutan secukupnya
  • Gula tebu organic [secukup rasa]
  • Sehelai daun pandan [diikat]
  • Pewarna organik [dya guna pumpkin powder]
  • Secubit garam

Tips:

Boleh cari pewarna organik di kedai bakery. Kalau takda pun takpe, Optional je untuk bagi warna jem cantik sikit. Boleh letak pewarna hijau daripada daun pandan, ataupun pewarna merah dari beetroot/buah naga.

Cara Nak Buat Jem Rambutan:

  1. Kupas rambutan, bersihkan rambutan
  2. Masukkan dalam periuk berisi air. Air tu agak-agak tutup paras rambutan pun ok. Rebus sekejap
  3. Kemudian, da siap rebus, asing biji daripada isi rambutan tu.
  4. Ambil isi rambutan dan kisar sekali dengan air rebusan rambutan tadi.
  5. Masukkan dalam kuali. Campur gula, secubit garam, pewarna organik, dan daun pandan. Tunggu hingga air kering dan nampak macam berkilat sikit
  6. Tunggu sejuk dan boleh disimpan dalam bekas
  7. Untuk tahan lama simpan terus kat peti sejuk. Keluarkan masa nak makan nanti

Jem rambutan ni korang bolehla sapu kat atas roti atau biskut.

Ataupun nak bagi kelainan pada kuih tart, bolehla korang gantikan jem nenas dengan jem rambutan. Sedap!

CARIAN BERKAITAN:

  • Jem rambutan tanpa pengawet
  • resepi berasaskan rambutan
  • proses penghasilan jem rambutan

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment