Kat Mana Lokasi Sate Tulang Senawang, Sate Ayam Bahagian Tulang

Ni kali kedua Dya singgah di kedai Sate tulang senawang. Pertama kali datang memang ramai orang.

Sate tulang kat sini memang terkenal & bila sampai kat sana sate akan habis. Jadi kami terpaksa menunggu seketika sebelum dihidangkan dengan sate tulang yang sedap tu.

Kat Mana Lokasi Sate Tulang Senawang, Sate Ayam Bahagian Tulang

Masa tau tentang sate tulang, Dya agak pelik & serius memang tak rasa nak telan pun sate tulang. Tapi, bila dah masuk ke dalam mulut sebatang sate tulang tu, peh baru Dya faham macamana rasa dia.

Kat Mana Lokasi Sate Tulang Senawang, Sate Ayam Bahagian Tulang

Yelah, untuk orang yang belum pernah makan sate tulang, mesti dalam kepala masing-masing terbayang tulang ayam yang saki baki tu kan?

Bukanlah wak, sate tulang ni guna bahagian ayam yang bertulang. Biasanya kan kita makan sate bahagian daging ayam je kan?

Sate tulang ni pulak diambil dari bahagian ayam yang bertulang. Ada orang kata tak puas makan. Tapi, untuk mereka yang gemar meratah bahagian ayam yang bertulang, gerenti minat dengan sate tulang.

Cukuplah order 5 batang untuk 2 orang. Memang kenyang gila. Tapi, tu pun sebab saya bersulamkan makan nasi goreng. Haha.

Sedap ke sate tulang ni?

Bagi Dya ok lah rasa dia. Memang syiok nak buat ratah macamtu je. Kadang tu bosan jugak makan sate daging & ayam. Masuk je mulut terus hilang.

Kalau sate tulang ni, korang ambil masa sikitlah nak menikmati rasa sate tu. Hehe.

Kat Mana Lokasi Sate Tulang Senawang, Sate Ayam Bahagian Tulang

Ada orang kata pernah dihidangkan dengan sate yang berbau dan lama. Ok, untuk part ni kalau korang dapat bahagian sate macamni, mintak tukar je.

Sebab sate tulang senawang memang sedap. Setakat ni kami tak pernah lagi dihidang dengan sate tulang berbau. Kira nasiblah kot?

Kat Mana Lokasi Sate Tulang Senawang, Sate Ayam Bahagian Tulang?

Tapi, agak tricky sikit nak ke sini untuk mereka yang belum pernah datang.

Untuk memudahkan pencarian, korang boleh terus je google maps atas nama “sate bone senawang”

Kat Mana Lokasi Sate Tulang Senawang, Sate Ayam Bahagian Tulang

Lokasi sate tulang senawang ni terletak di kawasan deretan kedai lot corner. Dulu kedai makan kat sini pemiliknya melayu. Tapi, sekarang bertukar jadi kedai mamak.

Kali kedua datang kat kedai ni, kami agak keliru sebab kedai dah bertukar pemilik. Hehe.

Ye, Dya tau korang dah terliur nak merasa & repeat order kat gerai yang jual sate tulang ni kan? Pergilah serbu okayh? Kalau tak sedap, bagitau terus je kat peniaga tu. Jadi, kualiti makanan dapat diperbaiki lagi. Owh, review ni bukanlah review berbayar. Hihi

Baca juga Artikel Sedapke Ayam Penyet Warung Pojok Sunway?

Ya Allah sedapnya sate tulang Senawang weh!

Posted by Dhia Vivadea on 21hb Ogos 2017

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment