Kuih ketayap ni lembut bila digigit, intinya isi kelapa manis yang dimasak dengan gula kelapa kemudian dibungkus dengan kulit crepe nipis seperti lempeng.
Print
Resepi Kuih Ketayap Pandan
- Total Time: 32 minute
- Diet: Gluten Free
Ingredients
Bahan-bahan inti kelapa:
- 1 1/2 cawan/120g Kelapa Parut
- 90g Gula Merah Asli
- 50g Gula Kabung/Nise/Melaka
- 1 sudu kecil Garam Pink Himalaya
- 2-3 sudu besar Air Tapis
- 1 helai Daun Pandan(diikat)
Bahan-bahan Kulit Crepe:
- 80g Tepung Beras(100% beras)
- 50gTepung Pulut
- 3/4 sudu kecil Garam Pink Himalaya
- 1 biji Telur gred A
- **150g Air Daun Pandan
- 40g Air Tapis
- 2 sudu besar Minyak Masak
Instructions
Cara Buat:
- Masukkan semua bahan inti kuih ke dalam kuali. Masak inti kuih sehingga kering.
- Untuk badan kuih, masukkan tepung, garam dan telur dalam bekas. Gaul sehingga sebati.
- Masukkan sedikit demi sedikit air daun pandan. Masukkan juga air dan minyak. Gaulkannya. Teksturnya akan nampak sedikit cair.
- Panaskan kuali, masukkan adunan. Biarkan seketika sehingga masak.
- Angkatkan badan kuih yang sudah masak.
- Letakkan ia atas permukaan rata. Letak inti kuih dan bungkuskan ia.
- Ulang sehingga semua bahan habis digunakan.
- Kuih ketayap siap
Notes
TIPS
- Untuk masak badan kuih, gunakan kuali non stick. Untuk dapatkan tekstur badan kuih yang licin, tak perlu minyak untuk memasaknya
- Jika mahu bau dan rasa pandan yang kuat, gunakan 100% air daun pandan tanpa perlu tambah air tapis. Bermaksud, dalam resepi ni, gunakan air daun pandan sebanyak 190ml.
- Prep Time: 15 Minit
- Cook Time: 15 Minit
- Category: Kuih Muih
- Cuisine: Malaysia

Kuih Ketayap, Kuih Tradisi Di Malaysia
Kuih ketayap adalah salah satu kuih tradisi yang terkenal di Malaysia dan juga Indonesia.
Kombinasi rasa pandan yang wangi dan rasa kelapa yang manis dan sedikit lemak betul-betul menggamit selera kepada pencinta manisan.
Hidangan kuih ini cukup ringkas dan sesuai disajikan semasa majlis perkahwinan, kenduri dan makanan penutup majlis.
Cuba buat Kuih Bebas Gluten lain antaranya Karipap
Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang
CARIAN BERKAITAN
- Kuih ketayap lembut tanpa telur
- Resepi kuih ketayap
- Kuih ketayap sukatan cawan
Inti Artikel:
Komen Jika Resepi Ini Sedap
- Resepi Laksam Gluten Free, Ringkas dan Sedap! - June 28, 2023
- Resepi Churros Gluten Free, Simple Dan Rangup! - June 27, 2023
- Nugget Ayam Keto, Simple dan Sedap! - June 18, 2023