Resep Lemper Jawa Inti Ayam Cara Mudah Tapi Enak

Kak Mai kenal lemper jawa inti ayam ni masa kawan dari Indonesia masakkan.

lemper indonesia
lemper enak

Ya Allah, sedap sangat!

Pulut berintikan isi ayam yang dimasak dengan rencahnya. Biasanya lemper ayam dibuat pakai daun pisang dan ditutup.

Kalau kat Malaysia, lemper ni umpamanya seperti pulut panggang.

Tapi, resepi lemper yang Kak Mai kongsikan ni tak pakai daun pisang.

Kita nak cepat tapi dalam masa yang sama rasa dia sama sahaja. Bezanya cara pembuatan lemper dalam ni tak perlu daun pisang.

Hanya perlu salut telur sahaja masa menggoreng nanti.

Mari kita cuba masak.

Resepi Lemper Jawa Inti Ayam

resep lemper ayam
Inti ayam lemper

Bahan-bahan inti ayam:

  • 1/2 batang carrot | potong dadu kecil
  • 1 biji bawang holland | potong dadu kecil
  • Sedikit daun bawang dan daun sup | potong kecil
  • 3 ulas bawang putih | pecahkan
  • Ayam bahagian daging | dicincang halus
  • 2 biji telur

Cara Masak:

  1. Panaskan minyak dalam kuali dalam 1 senduk kecil
  2. Tumis bawang holland dan bawang putih hingga naik bau
  3. Kemudian masukkan ayam cincang, gaul rata dalam seminit dua
  4. Masukkan pula carrot ke dalam tumisan. Gaul rata. Tunggu sehingga masak sebati
  5. Kemudian pecahkan 2 biji telur tadi ke dalam tumisan.
  6. Jangan lupa masukkan garam dan gula secukup rasa. Gaul rata.
  7. Last sekali, masukkan daun bawang, daun sup. Gaul seketika dan boleh angkat.
Pulut kukus
Pulut siap dikukus

Bahan pulut:

  • 4-5 genggam Pulut | dikukus **
  • 3 sb santan kotak **
  • Garam atau perasa secukupnya **

Cara masak pulut:

  1. Basuh bersih beras pulut, rendam hingga kembang dalam 2 jam macamtu, tapis, kemudian kukus sehingga lembut
  2. Lepas dikukus, gaulkan dengan santan serta perasa secukupnya.
  3. Asingkan kat tepi.
resep lemper ayam
lemper dibentuk bujur

Bahan Untuk Goreng Lemper:

  • 1 biji telur
  • 1 sb tepung gandum
  • sedikit perasa
  • sedikit air

Cara buat Lemper Inti Ayam:

  1. Campurkan 1 biji telur, tepung, perasa dan air sikit. Kacau rata.
  2. Ambil sedikit pulut tadi, kemudian leperkan dia.
  3. Masukkan inti ayam yang siap dimasak.
  4. Tutup pulut sehingga jadi bentuk macam gambar di bawah
  5. Salutkan lemper dengan campuran telur tepung di atas.
  6. Kemudian goreng di dalam kuali sehingga warna keemasan
  7. Siap untuk dimakan!

Rasa lemper ni lebih kurang macam pulut panggang. Cuma bezanya salut telur bukan salut daun pisang.

Lebih mudah sebab tak perlu panggang. Cuma digoreng terus.

Selamat berbuka semua.

Lepasni boleh cuba masak Ayam Ungkep Original

CARIAN BERKAITAN:

  • lemper inti ayam
  • lemper jawa
  • lemper goreng enak

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment