Lokasi Ayam Penyet Sedap Eps 01, Warung Pojok Sunway

Kat tekak ni sejak dua menjak ni memang teringin sangat nak makan nasi ayam penyet. Tapi, kedai nasi ayam penyet yang ada kat Seremban ni hanya kedai Dapur Penyet.

Saya kurang gemar menu dapur Penyet kat Mydin Seremban 2 sebab rasa sambal tak memenuhi citarasa. Ayam terlalu kering. Sambal kurang Ummph.

Tu yang duk mencari, kat mana lah tempat jual nasi ayam penyet yang sedap nih?

Lokasi Ayam Penyet Sedap Eps 01, Warung Pojok Sunway

Atas saranan rakan, Khai Artzfar, gigih Dya redah sampai ke Sunway semata nak rasa nasi ayam penyet kat Warung Pojok.

Jauh dari rumah, tapi demi tekak, Dya pergi jugak ke sana. Haha.

Review ni tidak berbayar. Dan jika tak sedap atau servis kurang bagus, Dya akan kritik di blog ni. Maaf ya. Kritikan penting untuk perbaiki kualiti kedai.

So far, kat Warung Pojok ni menu asas dia nasi + ayam goreng biasa (kering) + sayur sikit + sambal. Kalau nak tempe & tauhu kena tambah harga. Hehe.

Lokasi Ayam Penyet Sedap Eps 01, Warung Pojok Sunway

Habis licin sebab tengah lapar gila.

Kalau korang tengok gambar kat atas tu, habis licin weh. Walaupun sambal dia rasa macam terlebih belacan, Dya telan je sebab dah kebulur sangat masa tu.

Tapi sekurang-kurangnya sambal kat Warung Pojok ni lebih sedap berbanding Dapur Penyet. Cuma kurang penuhi citarasa Dya sebab terlebih belacan tu kot?

Lain orang lain citarasa

Benda paling penting untuk menu nasi ayam penyet semestinya sambal la kan. Sambal nasi ayam penyet warung pojok kuantiti standard lah. Sama macam kedai lain.

Cumanya disebabkan saya ni hantu pedas, memang saya akan mintak tambah lagi sambal. Dan lidah saya ni susah nak rasa kepedasan sambal.

Laki sendiri makan dah meleleh hingus sebab pedas. Saya pulak masih relax lagi tak rasa pedas.

Tapi, ada satu menu yang saya suka kat kedai Warung Pojok, iaitu sate kambing. Sate kambing dia lembut & berperisa. Memang sedap!

Baca Juga Resepi Sambal Ayam Penyet Ringkas

Lokasi Ayam Penyet Sedap Eps 01, Warung Pojok Sunway

Selebihnya korang boleh tengok vlog misi pencarian ayam penyet sedap kat bawah ni :

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

4 Comments

  1. shasha September 29, 2018

Leave a Reply to https://www.facebook.com/eyqa.nsj Cancel reply