Makan Chicken Chop RM30 Dalam Dulang Kat Muar

Dya jarang makan luar kalau dah balik kampung sebenarnya. Tapi, entah kenapa harini macam teringin nak cuba makanan lain dari biasa.

Jadi, gigihla ajak adik-adik makan kat tempat yang diorang kata sedap dari haritu. Nama kedai Sarah hana cafe.

Nama je cafe tapi sebenarnya bukan cafe tau. Kedai makan macam biasa. Jangan silap masuk kedai pulak. Hehe.

Lokasi kedai ikutkan terpencil jugak. Bukan kat tepi jalan besar. Tapi, ramai orang datang kedai. USP kedai dia bagus bagi Dya.

Makan Chicken Chop RM30 Sedulang 2 Orang Kat Muar

Menu yang ada simple saja macam nasi/meehun/kue tiaw/mee goreng & special menu kedai ni, set kombo western food dalam dulang.

Harga pun standard lah. Cumanya sedulang tu boleh makan sampai dua orang sebenarnya.

Makan Chicken Chop RM30 Dalam Dulang Kat Muar

Menu pilihan adik bersulamkan spageti

Dya dan adik-adik order menu special kedai ni. Kombo set western yang mana satu dulang tu ada spaghetti/nasi + kentang goreng + meatball + chicken chop + sayur.

Ada juga pilihan daging kambing kalau korang nak cuba. Tapi, adik cakap daging kambing diorang liat. Tu yang Dya tak jadi order.

Sebab Dya ni memang suka daging kambing sebenarnya. So cancel order kambing sebab susah nak makan kalau daging liat.

Nak Jimat, Order Set Dalam Dulang Je

Satu dulang harga RM30. Kalau korang order portion biasa. Maksudnya, order yang set satu orang makan, harga agak mahal sikit berbanding set dalam dulang.

Jadi, penjimatan terbaik, order satu dulang je lah. Kenyang pun kenyang. Boleh kongsi 2 orang. Haha.

Makan Chicken Chop RM30 Sedulang 2 Orang Kat Muar

Menu pilihan dya bersulamkan nasi goreng

Pilihan Dya? Set kombo tu dya pilih nasi goreng kampung. Tapi menu yang sampai nasi goreng cina la pulak. Tapi hentam je lah makan sebab dah lapar.

Adik Dya tak pilih nasi, tapi pilih spagheti.

Bila suap nasi dalam mulut. Rasa cam biasa lah. Nasi goreng cina. Kuah black pepper pun biasa je. Okla bagi Dya.

Nak kata sedap sangat tu, taklah. Tapi boleh dikatakan masuk selera tekak ni ha. Sedap tapi bukan kategori sedap gila. Rasa dia sama je macam kedai-kedai lain.

Tapi kat sini serius ramai orang datang makan. Yang Dya perhatikan sebab diorang jual menu special set kombo tu dalam dulang. So, orang tak kisah datang lepak makan kat situ dengan harga yang berpatutan.

Haritu dah makan Pisang Goreng Cheese Kat Bangi. Next time Dya nak cuba cari makanan sedap lain pulak kat sekitar Muar ni. Hehe.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment