Masak Asam Pedas Ayam, Resepi Ni Simple Gila

Bila fikir lauk asam pedas, biasanya Dya akan terbayang ikan masak asam pedas. Heheh. Jarang sekali masak asam pedas ayam sebenarnya.

Tapi bila dah selalu buat ikan asam pedas macam bosan pulak tengok rupa yang sama je kan?

So, harini tukar lah bahan. Kita guna ayam pulak.

Masak Asam Pedas Ayam, Resepi Ni Simple Gila

Resepi yang Dya kongsikan ni resepi paling simple dan cepat. Campak-campak je bahan dalam kuali. Setel.

Bahan yang digunakan pun sikit je.

Bahan-bahan masak asam pedas ayam:

1 biji bawang besar (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

10-15 tangkai cili kering (direbus & dikisar)

1 biji tomato (dipotong 4)

Daun kesum

4-5 ketul ayam

Secubit serbuk kunyit

Air asam jawa

Garam dan gula secukup rasa

Masak Asam Pedas Ayam, Resepi Ni Simple Gila

Cara masak:

  1. Kisar bawang besar, bawang putih dan cili kering bersama sedikit air)
  2. Kemudian masukkan minyak ke dalam kuali, tumis bahan kisar tersebut. Masukkan secubit serbuk kunyit.
  3. Bila tumisan dah kering, masukkan pula air asam jawa secukup rasa.
  4. Masukkan juga air (kuantiti agak-agak)
  5. Kemudian masukkan tomato, garam dan gula secukup rasa.
  6. Letak ketulan ayam ke dalam masakan beserta daun kesum. Biarkan sekejap hingga kuah asam pedas da cukup masak.
  7. Bila ayam dan kuah dah masak, boleh angkat dan hidangkan.

Simple gila kan cara nak masak asam pedas ayam ni? Hehe. Tak renyah sangat.

Ni kalau korang jenis nak cepatlah. Ada orang masak asam pedas letak bendi, halia, belacan, terung.

Tapi untuk resepi ni kita buat yang mudah je. Sebab dah lapar sangat. Haha.

Yang penting, bila nak masak lauk asam pedas, wajib ada daun kesum.

Sebab daun kesum lah buat kuah asam pedas tu bau harum & sedap gila! Dya suka ratah daun kesum. Sedap!

Baca Juga Resepi Bujang Nasi Ayam Paling Simple

CARIAN BERKAITAN:

  • ayam masak asam jawa
  • resepi masak asam pedas ayam
  • asam pedas ayam simple dan sedap



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment