Masak Resepi Mee Goreng Basah Berkuah Sedap

Mee goreng basah serius sedap gila! Dya memang sejenis suka mee yang dimasak ada kuah. Rasa puas makan & tak muak. Hehe.

Tapi bila ke kedai makan, jarang-jarang la tukang masak buat mee goreng basah yang sedap. Biasanya mesti akan jadi mee goreng yang takda kuah.

Dya pulak takkan komplen kat kedai makan kalau dapat order tak menepati citarasa. Biasanya Dya akan blacklist terus kedai tu. Haha. Aci tak?

Jadi, cara termudah nak masakan yang kena dengan selera tekak? Masak sendirik kat rumah! Hehe.

Masak Resepi Mee Goreng Basah Berkuah Sedap

Nak buat mee goreng basah ni senang je. Yang penting kita tau nak agak berapa banyak air dan kicap yang perlu masuk masa memasak. Tak perlu terlalu banyak, tak perlu terlalu sedikit.

Paling penting elakkan campur dengan telur dalam masakan tu. Sebab telur akan buat kuah mee goreng kita jadi pekat weh.

Masak Resepi Mee Goreng Basah Berkuah Sedap

Masak Resepi Mee Goreng Basah Berkuah Sedap

Bahan masak mee goreng basah simple:

1 biji bawang besar (dikisar)

2 biji bawang putih (dikisar)

10 tangkai cili kering (dibelah dua, direbus kemudian dikisar)

6 ekor udang (ikut suka nak banyak mana)

Lobak merah (dipotong)

Tomato (dibelah 4)

Daun bawang untuk hiasan

Garam, gula dan kicap secukup rasa

Cara Masak Mee Goreng Basah Sedap:

1. Masukkan sedikit minyak dalam kuali

2. Tumis bawang besar,  bawang putih dan cili yang dah siap dikisar bersama air awal2 tadi.

3. Tumis sehingga pecah minyak

4. Masukkan sedikit air ke dalam tumisan.  Anggaran dalam suku cawan

5. Masukkan juga kicap, gula, garam secukup rasa.

6. Kemudian campak udang ke dalam kuali.  Tunggu udang masak sebati seketika.

7. Jangan lupa letak tomato Dan lobak merah juga

8. Masukkan pula mee kuning (yang dah siap dicelur air panas beberapa saat)

9. Gaul sebati.  Jika nak kuah lebih, masa tumis tadi kena letak air lebih sedikit.  Jika nak kuah pekat, masukkan telur ke dalam masakan.

10. Dah sebati boleh angkat terus untuk dihidang dengan taburan daun bawang.  Pehh.

Yang paling penting, korang kena pandai seimbangkan rasa kicap, gula dan garam dalam masakan.

Kicap ni bagi Dya untuk bagi kaler mee goreng basah nampak semenggah sikit. Hehe.

Lepasni jom try masak Resepi Sup Ayam Simple Dan Sedap

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi mee goreng basah berkuah
  • mee goreng hailam
  • mee goreng sedap



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

2 Comments

  1. Roslinda June 25, 2018

Add Comment