Resepi Nasi Minyak Ayam Kurma, Kuah Pekat Makan Bertambah

Kebiasaannya Jarang-jarang makan nasi minyak letak menu ayam kurma. Kalau kat tempat Dya, makan nasi minyak memang berlaukkan ayam merah. Tapi sekali sekala pekena resepi guna ayam kurma memang bertambah makan la jawabnya. Hehe.

Esok bolehla korang cuba buat resepi ni kat rumah. Anak-anak pun boleh makan sekali.

Bahan-bahan Nasi Minyak Ayam Kurma:

  • 3 pot beras basmathi
  • 5 pot air
  • 1 biji bawang besar **
  • 1 inci halia **
  • 3 biji bawang putih **
  • 2 sb minyak sapi
  • 1 genggam kismis
  • 1/2 cawan susu cair
  • 1 sb butter
  • 1 sup bunjut
  • 1/2 sk serbuk kunyit | sebagai pewarna nasi
  • Kulit kayu manis, bunga lawang, buah pelaga
  • Garam secukupnya
  • Mushroom seasoning secukupnya

Cara Masak:

  1. Kisar halus bahan bertanda **
  2. Panaskan periuk, masukkan minyak sapi dan butter
  3. Tumis bunga lawang, kayu manis, sup bunjut, buah pelaga. Kemudian masukkan bahan kisar tadi. Tumis hingga naik bau.
  4. Masukkan susu cair, air secukupnya dan beras. Gaul rata
  5. Perasakan dengan garam, mushroom seasoning dan serbuk kunyit.
  6. Kalau nak nasi bau wangi, tambahkan 1 simpul daun pandan.
  7. Tutup periuk dan tunggu nasi masak.
  8. Bila nasi dah tanak, boleh letak kismis dan gaul rata dengan nasi. Biarkan seketika.

Bahan Acar Timun Dan Nenas:

  • 1 biji timun | hiris ikut ketebalan yang korang suka
  • 1/2 biji nenas sederhana besar | hiris ikut tebal yang disukai
  • 2-3 batang cili besar merah | hiris serong
  • 2-3 batang cili besar hijau | hiris serong
  • Garam secukupnya
  • Gula secukupnya
  • 1 biji bawang besar | hiris

Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Resepi saya tak guna cuka sebab kadang cuka ni boleh buat sakit perut. Rasa agak tajam. Jadi, memadai gula dan garam sahaja. Lebih sedap. Hehe.

Bahan Ayam Masak Kurma:

Bahan tumis:

  • 1 biji bwang besar | hiris
  • 2 biji bwang putih | hiris
  • kayu manis, buah pelaga, bunga lawang

Bahan Ayam Kurma:

  • 1 kg ayam | potong kecil
  • 3-4 biji kentang | potong 4
  • 3 sb rempah kurma mak siti
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 biji tomato ceri
  • 1 sb kerisik
  • 5 genggam bawang goreng
  • 1 cawan susu cair
  • 5 sb susu cair | untuk perapan
  • 2 biji bawang besar **
  • 5 biji bawang putih **
  • 1 inci halia **
  • 2 sb gula merah
  • garam secukupnya
  • mushroom seasoning secukupnya
  1. Kisar halus bahan bertanda **
  2. Perap ayam dengan bahan kisar tadi, rempah kurma, bawang goreng, kerisik, gula merah, dan 5 sudu susu cair. Perap 30 minit
  3. Kemudian, panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumis sampai naik bau.
  4. Masukkan ayam yang dah diperap tadi ke dalam tumisan.
  5. Masukkan juga air hingga ayam teggelam. Jangan lupa masukkan sekali kentang
  6. Jika ayam belum empuk, boleh tambah air sedikit dan masak hingga
  7. ayam dan kentang dah empuk dan kuah agak pekat
  8. Setelah tu, tuangkan 1 cawan susu cair. Gaul rata
  9. Masukkan pula cili padi dan tomato ceri.
  10. Masak hingga tomato agak layu. Tutup api.
  11. Kemudian perasakan kuah kurma dengan garam dan mushroom seasoning secukupnya. Gaul rata. angkat dan hidang bersama nasi minyak dan acar timun nenas

CARIAN BERKAITAN:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment