Nugget Ayam Keto, Simple dan Sedap!

Makanan yang selalu kanak-kanak berebut bila disajikan ialah nugget ayam salah satunya.

Bukan kanak-kanak sahaja, kadang-kadang kita yang dah berumur ni pun berselera jugak. Hehe.

Kita seronok bila tengok anak-anak makan berselera.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon

Resepi Nugget Ayam Keto Simple


  • Author: Suri Shikin
  • Total Time: 32 minutes
  • Yield: 3 Orang 1x
  • Diet: Gluten Free

Description

Buat sendiri nugget ayam keto kat rumah. Pilihan lebih sihat dan jimat sebab boleh dapat banyak nugget sekali buat. Tak perlu guna tepung


Ingredients

Scale

Bahan-bahan:

  • Garam Himsalt
  • Serbuk lada putih
  • serbuk cili (jika nak pedas)
  • Dua biji telur
  • 500 g dada ayam
  • 2 ulas bawang putih
  • Psyillium Husk (untuk crumb pilihan)

Instructions

Cara-cara buat Nugget:

  1. Kisarkan dada ayam, bawang putih, garam, serbuk lada putih, dalam food processor sehingga daging ayam menjadi halus.
  2. Bentukkan nugget dan letakkan di dalam peti sejuk selama 15 minit supaya tekstur sedikit keras.
  3. Pukul telur dengan sedikit garam.
  4. Salutkan nugget dalam telur dan kemudian psyllium husk.
  5. Kemudian goreng dalam minyak masak.
  6. Setelah nugget bertukar keperangan, boleh angkat dan hidang.
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 17 minutes
  • Category: Ayam
  • Cuisine: Malaysia

Keywords: nugget ayam, nugget keto, resepi nugget gluten free, resepi nugget homemade sedap

nugget ayam keto
Nugget Ayam Keto

Nugget Ayam Di Pasaran

Yang buat rasa tak seronoknya nugget di pasaran kebanyakannya terlampau banyak MSG dan bahan awet yang lain.

Nak bagi anak-anak makan pun rasa serba salah. Sesekali tu tak apa la juga

Kalau dah dijadikan seperti makanan ruji, bahaya untuk kesihatan dalam jangka waktu yang panjang nanti.

Jomlah cuba buat nugget sendiri.

Nak bagi anak-anak makan pun tak ada rasa bersalah dah lepas ni sebab kita sendiri tahu bahan-bahan yang digunakan.

Kuantiti garam dan perasa semua kita boleh kawal sendiri. Saya sharekan resepi di sini ya.

Dah siap nugget tadi, boleh lah cicah dengan sos cili homemade. Yang belum cuba resepi sos cili homemade ni, boleh lah try nanti kalau ada kelapangan.

Tips Nugget Tak Melekat

Bentukkan nugget dengan tangan yang basah supaya adunan tidak melekat-lekat di tangan.
Resepi ini boleh dapat 16 ketul nugget.

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi nugget keto
  • Nugget ayam tempura
  • Cara buat Nugget homemade

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star