Orang Kata Nasi Ayam Penyet Kat Shah Alam Ni Sedap Dan Murah

Saya memang penggemar nasi ayam penyet. Dah banyak tempat pergi dah. Ada yang sedap sambalnya ada yang agak kureng rasa sambalnya.

Orang Kata Nasi Ayam Penyet Kat Shah Alam Ni Sedap Dan Murah

Cam biasa, satu hari tu duk “hunting” nasi ayam penyet kat Shah Alam. Ramai yang rekemen makan kat satu kedai sekitar Shah Alam ni. Katanya murah dan sedap.

Apalagi, berdesuplah kitorang ke sana. Haha.

Memang tempat untuk student singgah sini lah. Boleh jimat duit sikit. Yang penting kenyang.

Kedai nasi ayam penyet murah shah alam

Sampai je kat kedai, memang ramai gila orang. Dan cara order pun lain. Order kat kaunter, bayar sekali. Then nasi putih kena ambil sendiri.

Nama kedai makan pecel lele (ayam penyet padang jawa)

Kat sini, saya cam biasa order ayam penyet. Husband pulak pecel lele/ikan keli.

Orang Kata Nasi Ayam Penyet Kat Shah Alam Ni Sedap Dan Murah

Pecal lele goreng agak garing tak banyak isi

Benda first yang saya akan sentuh adalah sambal. Sebab rahsia kesedapan nasi ayam penyet bergantung pada sambal dahulu.

Jilat sikit, mmm rasa sambal biasa je. Bukan taste lidah jawa cam saya. Sebab saya jenis kuat pedas. Yelah, pempaham jela orang jawa punya pedas tu tahap gila2. Haha!

Korang boleh baca resepi Sambal Penyet Pedas & Sedap Ni

Berapa Harga Nasi Ayam Penyet Kat Shah Alam?

Orang Kata Nasi Ayam Penyet Kat Shah Alam Ni Sedap Dan Murah

saiz ayam kecil je

Ayam kat sini sama je cam ayam goreng biasa. Yang penting tak keras. Hehe. Cuma kelebihan makan kat sini yang saya perhati,  makanan yang dijual sangat murah. Tu yang ramai orang datang agaknya.

Sebab nasi ayam penyet full set biasanya kat tempat lain nilai belasan ringgit. Tapi kat kedai ni tak sampai RM6 pun. Best kan? Haha. Air pun murah je.

Memang ni jadi tempat untuk student singgah sini lah. Boleh jimat duit sikit. Yang penting kenyang.

Orang Kata Nasi Ayam Penyet Kat Shah Alam Ni Sedap Dan Murah

Cumanya untuk penyet hunter cam kami, mungkin kami tak singgah kedai ni untuk kali kedua. Kecuali kalau terpaksa. Hehe.

Dalam banyak-banyak kedai ayam penyet, satu kedai je sambal dia sedap & boleh refill free. Ada kat ecurve, nama kedai waroeng penyet.

Apa yang saya review berdasarkan selera saya sendiri. Lain orang lain taste. Cam saya & suami. Selera kami berbeza. Sedap bagi saya, sedap jugak bagi dia. Tapi sedap bagi dia, tak semestinya sedap kat tekak saya. Hehe.

 

 

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi sambal ayam penyet wang solo
  • nasi ayam penyet best
  • resepi nasi ayam penyet azie kitchen
  • cara membuat sambal penyet
  • resepi ayam penyet sheila rusly

 



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment