Saya bukan penggemar rojak mee sebenarnya. Serius weh. Sebab tekak macam tak boleh masuk bila mee tu dijadikan rojak.
Dalam kepala ni fikir kalau dah namanya rojak mestilah cicah dengan kuah rojak petis tu. And yang sedap bila kita makan dengan buah2. Haha.
Tapi, lain pulak dengan selera suami. Dia memang suka sangat makan rojak mee ni. Biasanya makan rojak mee kat kedai mamak atau foodtruck tepi jalan.
Siapa Biasanya Jual Rojak Mee?
Penjual kat foodtruck tu pun mamak jugak. Memang rojak mee sinonim dengan mamak lah. Kedai melayu macam jarang nampak ada jual rojak mee.
First time makan rojak mee masa kat KL. Tak ingat kat mana. Serius rasa nak termuntah sebab kuah dia cam pelik je rasa. Ok, saya fikir mungkin sebab tempat tu je la yang tak sedap.
Baru-baru ni, pergi kedai mamak lain sebab suami nak makan cendol. Dah alang2 makan cendol, dia order sekali rojak mee. Haha. Yang kalini pun saya tak boleh nak telan. Sebab kuah dia. Mmm tak kena dengan tekak.
Sampailah satu hari tu try makan rojak mee kat Pagoh. Dan peniaga melayu yang jual. Ada beza sikit sebenarnya antara masakan melayu dan mamak.

Rojak Mee Kedai Makan Selera Kampung Kak Mai
Mamak Punya Kari Sedap Tapi Rojak Mee Tak Berapa Sangat
Macam rojak mee ni saya kurang gemar kalau dimasak oleh mamak. Saya lebih suka rojak mee yang kedai melayu satu ni masak.
Kedai mamak ada jugak menu yang sedap. Contohnya macam sambal kari. Memang power! Yang mana, banyak kedai melayu tak pandai buat macam mamak buat.
Kalau nak makan roti canai memang saya suka makan kat mamak. Puas gila. Eh lapar pulak rasa bila terbayang kari pekat mamak weyy. Cara masak kari mamak berbeza berbanding kari melayu.
Cuma tang rojak mee je lah, minta ampun memang Dya takkan makan kat kedai mamak.
Peh Rojak Mee Sambal Kacang Kat Sini Sedap Gila
Cuma satu kedai makan ni, ada jual rojak mee yang serius sedap gila! Makan memang bertambah. Cara masak kuah sambal rojak mee tu lain sikit.
Kuah rojak mee pekat dan sesuai dengan tekak saya ni. Haha! Lepasni memang repeat lagi makan sini.
Kalau korang duduk area Pagoh ataupun dah alang-alang lalu kat pagoh tu, gi lah rasa sendiri rojak mee kat kedai makan Selera Kampung Kak Mai ni. Lokasi kedai kat deretan kedai taman sri pagoh . Cari signboard nama Selera Kampung Kak Mai.

Peh kuah dia meriah!
Best sikit makan rojak mee kalini. Rasanya sambal jenis macam sambal kacang tapi lain sikit rasa dia. Kalau kuah rojak mee mamak jenis kosong habis. Dalam bayangan saya seolah macam tuang sos tanpa bahan kat mee.
So far, saya puas hati makan rojak mee kat Selera Kampung Kak Mai. Berbaloi datang makan kat sini. Hihi
Baca Juga Resepi Rahsia Sotong Goreng Tepung Rangup
CARIAN BERKAITAN:
- Resepi mee rojak jawa
- kuah pasembur
- resepi rojak kuah kacang
- mee rojak johor