Resepi Pengat Labu Kuning Bua Loy Gluten Free

Masakan pengat labu bua loy menjadikan labu sebagai bahan utama. Namanya kuih labu kuning atau juga dikenali dengan nama bubur bua loy atau pengat labu manis.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
bubur labu kuning bua loy

Resepi Pengat Labu Kuning Bua Loy


  • Author: Suri Shikin
  • Total Time: 7 minute
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Units Scale

Bahan-bahan pengat labu bua loy:

  • 2 cawan labu
  • 2 cawan tepung pulut
  • 250ml santan
  • AirGaram himsalt
  • Gula perang/gula orcs/gula kelapa
  • 1 keping Daun pandan


Instructions

Cara-cara buat kuih labu kuning:

  1. Bersihkan labu daripada kulitnya. Rebus sehingga empuk. Kemudian, lenyekkan labu tersebut.
  2. Masukkan tepung pulut ke dalam labu yang dilenyek. Gaulkan semua sekali menjadi sebati. Masukkan sedikit garam. 
  3. Bentukkan bulatan kecil bagi adunan tadi.
  4. Panaskan air yang mencukupi untuk menutupi adunan bulatan. Rebus bulatan adunan sehingga masak.
  5. Masukkan santan, daun pandan dan tepung beras ke dalam periuk. 
  6. Panaskan periuk dengan api perlahan.
  7. Masukkan air sedikit demi sedikit supaya santan tidak terlalu pekat dan tidak terlalu cair. 
  8. Perasakan dengan sedikit garam dan gula.
  9. Untuk hidangkannya, letakkan labu yang dibentuk bulat ke dalam pinggan. Tuangkan kuah santan yang telah dimasak ke atasnya.
  10. Siap untuk dimakan

Notes

Tips:

Untuk mengetahui sama ada adunan bulatan telah masak atau belum, ia akan timbul ke permukaan air panas ketika direbus dalam  periuk. Sekiranya masih tenggelam, besar kemungkinan belum masak.

  • Prep Time: 15 Minit
  • Cook Time: 15 Minit
  • Category: Kuih Muih
  • Cuisine: Malaysia
pengat bubur labu kuning bua loy

Khasiat Labu Kuning

Kalau nak tahu, labu kuning ni banyak khasiat dia.

Labu mengandungi kalori dan karbohidrat yang rendah. Sesuai untuk yanag berdiet.

Selain itu, kandungannya yang tinggi serat juga membantu melancarkan pencernaan. Jadi, mana yang ada masalah sembelit, boleh lah cuba menu ni.

Khasiat Santan

Santan pun kalau dimakan dengan kuantiti yang tidak berlebihan, banyak mendatangkan manfaat. Ia bertindak sebagai antiseptik dalam badan.

Masakan kali ni dia seakan-akan kuih badak berendam.

Lebih kurang je bentuk dia. Tapi dari segi bahan-bahan, ada sedikit berbeza lah.

Kuih ni sesuai dimakan sebagai pencuci mulut. Memang sedap sangat.

Boleh juga try resepi lain berasaskan santan. Contohnya ayam masak lemak, daging masak lemak cili padi, dan lain lain.

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi kuih labu kuning
  • Kuih labu santan
  • Resepi bubur labu
  • pengat labu manis bua loy
  • Resepi bubur labu

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star