Resepi Ayam Madu Bakar, Paling Mudah Dan Sedap

Kalau rasa teringin nak ratah ayam bakar yang ada kelainan dan ringkas cepat siap, boleh cuba buat resepi ayam madu, paling senang nak buat nih.

Video Ayam Bakar Madu

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
ayam bakar madu

Resepi Ayam Bakar Madu


  • Author: Dhia
  • Total Time: 30 minutes
  • Yield: 2 orang 1x
  • Diet: Halal

Description

Resepi ayam madu ni sedap gila dan mudah sangat nak buat! Nak bakar ayam tak semestinya guna arang. Boleh je grill terus guna daun pisang.


Ingredients

Scale

Bahan-bahannya:

  • 67 ketul ayam | bahagian peha dan kepak saiz kecil
  • 1 sb sos tiram
  • 1 sb kicap manis
  • 1 inci halia | ditumbuk
  • 34 biji bawang putih | ditumbuk
  • 1 sb madu asli

Instructions

Cara Bakar Resepi Ayam Madu:

  1. Tumbuk bawang putih & halia
  2. Lumurkan ke ayam
  3. Masukkan juga sos tiram & kicap. Gaul rata
  4. Alas daun pisang dalam kuali
  5. Letak ayam atas daun pisang dan tutup daun pisang atasnya. Kemudian tutup kuali
  6. Biarkan sampai bahan pada ayam kering dan ayam masak
  7. Angkat dan gaul bersama madu
  8. Siap untuk diratah makan dengan nasi putih panas!
  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 15 minutes
  • Category: Ayam
  • Cuisine: Malaysia

Keywords: ayam bakar madu, ayam madu, ayam madu lemon, resepi ayam madu sedap


Isi Kandungan Artikel:

ayam madu bakar simple

Ayam madu ni sedap ratah macamtu saja. Saya guna madu tualang untuk resepi ni. Tak banyak mana, hanya 1 sudu saja.

Tapi, bergantung pada saiz hidangan kalian.

Kalau ayamnya banyak, seimbangkan rasa ikut citarasa

Madu saya tak guna yang dijual di pasaraya. Sebab ianya bukanlah madu asli melainkan corn syrup / gula tiruan semata.

Jadi, jangan mudah tertipu ya. Kalian boleh rujuk bahan masak sihat yang saya dah tukar di link bawah ni

Ni cara Dya bakar ayam madu. Alas dan tutup guna daun pisang
Ni pulak rupa bila ayam dah masak dan rempah perapan tadi dah kering.

Dya jarang-jarang masak ayam madu.

Harini terdetik pulak rasa hati nak makan ayam bakar letak madu.

Bahan yang digunakan pun simple sangat-sangat.

Tips Masakan

Rasa sos tiram pengganti rasa masin, manakala madu pula pengganti rasa manis gula.

Sebab tu, dalam resepi ni Dya tak letak garam dan gula. Sebab bahan yang kita guna ni dah cukup sedap sangat-sangat. Hehe.

Kalau nak rasa bau bawang extra, tumbuk bawang holland sikit dan masukkan gaul sekali dengan ayam sebelum dibakar

Kalau nak rempah perap tu banyak sikit, tambahkan je kuantiti bahan tumbuk tu.

Senang sangat nak buat resepi ayam madu ni. Paling penting bahan yang Dya guna ni sesuai untuk diberi pada anak.

Sebab bahan yang digunakan guna perasa semulajadi daripada bawang dan madu.

Serius sedap gila! Sorang makan pun tak cukup. Hihi.

Baca Juga: Sambal Bilis Garing Cili Kering

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Ayam madu
  • Resepi bakar ayam madu sedap
  • ayam madu lemon simple mudah

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star