Resepi Bakar Biskut Kurma Baby Sedap Mencair Dalam Mulut

Ni kali ke 3 Dya bakar biskut kurma untuk baby Aali. Kali pertama dan kedua, keras dia baling anjing boleh lebam oii.. Keras gila tak mencair dalam mulut pun. Dya ikut resepi dalam FB. Tak menjadi pun. Siap luka kat lelangit sendiri bila try makan.

Hasil biskut kurma baby yang mencair dalam mulut

Kali ke 3 ni cuba satu lagi resepi hasil perkongsian kat fb jugak. Ok, kalini menjadi sebab tips untuk biskut tak rapuh, tapi mencair dalam mulut adalah kena pastikan adunan tepung gandum dan tepung jagung sama rata. NISBAH 1:1

gambar kiri: adunan tak melekat kat tangan dah
gambar kanan : sebelum bakar biskut kurma baby

Resepi asal dari FB guna susu tepung & pisang sebagai perasa biskut. Tapi, Dya olah balik resepi ni guna kurma dan sweet potato. Tak guna langsung susu tepung. Hasilnya menjadi jugak!

Bahan biskut untuk baby Aali:

  • 1 cawan tepung gandum (unbleaced faiza)
  • 1 cawan tepung jagung
  • 15 atau lebih kurma (disteam dan dilenyek)
  • 1/2 biji sweet potato (direbus dan dilenyek)
  • 250gm unsalted butter
  • **cawan dya guna macam gambar di bawah. Tambah 1 cup biru untuk bagi tepung tak lekat kat tangan dah. Tips biskut tak rapuh tapi melt dalam mulut, kena make sure adunan tepung jagung dan gandum sama nisbah 1:1

Cara bakar biskut bayi (8 bulan ke atas)

  1. Campurkan butter dengan sweet potato & kurma. Gaul dan make sure isi kurma dan sweet potato hancur. Gaul rata
  2. Kemudian masukkan tepung gandum dan tepung jagung sikit demi sedikit. Uli sampai adunan tak melekat kat tangan. Kalau melekat tambah lagi tepung tapi pastikan tepung tu nisbah 1:1
  3. Dah siap uli, bakar dalam oven 150º 30 minit (ni yang dya buat untuk biskut bentuk buat lenyek garfu)
  4. Untuk suhu dan masa kena test and error. Cuba dulu 120º 15 minit, tengok masak ke tak. Kalau tak masak, extend masa.
hasil selepas bakar. Bukan baby je suka, dengan mak baby pun ikut makan. Haha!
baby lee excited mamam biskut kurma dia

CARIAN BERKAITAN:

  • biskut kurma bayi
  • resepi biskut kurma organik
  • cara buat biskut bayi 8 bulan sedap
  • biskut kurma mencair dalam mulut



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment