Resepi Bakwan Sayur Gurih, Rangup Dan Enak

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Dya mula makan bakwan sayur ni beberapa tahun yang lepas. Ada rakan dari Indonesia masakkan.

Bakwan Goreng Sedap Dan Rangup

Fuh! Sedap rupanya bakwan ni. Rasa dia rangup dan buat ketagih nak mengunyah je.

Cara nak buat pun mudah sangat.

Bahan Tepung Salut Bakwan:

  • Tepung gandum
  • 1 biji telur
  • Secubit Garam
  • Sedikit perasa
  • Secubit serbuk kunyit
  • Air secukupnya

Bahan Rempah:

  • 1 biji bawang besar | ditumbuk
  • 2 ulas bawang putih | ditumbuk
  • Sedikit lada putih | ditumbuk

Inti Bakwan Sayur:

  • 1 genggam lobak merah | hiris panjang halus
  • 1 genggam taugeh
  • 2 -3 batang lada merah | dihiris
  • Daun sup, daun bawang secukupnya | hiris halus

Cara Buat Bakwan Goreng Rangup

  1. Campurkan kesemua bahan tepung salut. Gaul rata. Kuantiti air tu jangan terlalu banyak. Kepekatan tak terlampau cair, tak terlampau pekat.
  2. Kemudian, masukkan bahan rempah & inti bakwan. Gaul rata.
  3. Panaskan minyak. Goreng bakwan dalam kuali guna api sederhana. Balik-balikkan supaya masak sekata.
  4. Bila dah tukar warna keemasan, angkat dan toskan.
  5. Boleh makan macamtu saja atau cicah dengan sos.

Senang kan? Boleh cuba masak Popia Maggie lepasni.

CARIAN BERKAITAN:

  • Bakwan sayur enak
  • Resepi bakwan
  • Resepi sayur simple
resepi bakwan simple rangup

Resepi Bakwan Sayur Simple Dan Enak

Resepi ni mudah dan simple. Guna sayuran serta tepung. Rangup bila diratah
Prep Time 15 mins
Cook Time 15 mins
Total Time 30 mins
Course Snack
Cuisine Mediterranean
Servings 2 orang

Ingredients
  

  • Tepung gandum
  • secubit garam
  • Secubit serbuk kunyit Sebagai pewarna
  • Air secukupnya
  • 1 Biji telur
  • 1 Biji Bawang besar | ditumbuk lumat
  • 2 Ulas Bawang putih | ditumbuk lumat
  • sedikit lada putih | ditumbuk lumat
  • 1 Genggam Lobak merah | Hiris halus memanjang
  • 1 Genggam Taugeh
  • Daun bawang, daun sup secukupnya | hiris halus
  • 2-3 Batang Lada Merah | Hiris

Instructions
 

  • Masukkan kesemua bahan kecuali sayuran carrot, taugeh, lada hiris dan daun sup/daun bawang
  • Gaul rata dan pastikan bancuhan tepung tak terlampau cair tak terlampau pekat
  • Kemudian masukkan kesemua sayuran ke dalam bancuhan tepung tu. Gaul rata
  • Panaskan minyak dalam kuali
  • Goreng bakwan , buat bentuk leper.
  • Balik-balikkan supaya masak sekata
  • Bila dah warna keperangan, boleh angkat dan toskan
  • Boleh ratah macamtu sahaja atau cicah dengan sos
Keyword bakwan gurih, bakwan rangup, bakwan sayur

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe Rating