Resepi Tiktok Brownies Kedut Lembut Dan Chewy

Resepi cara buat brownies ni diambil dari sumber Tiktok. Khas untuk mereka yang suka makan brownies jenis kedut chewy.

Jadi, boleh dah kita cuba buat untuk makan kat rumah dengan keluarga.

Resepi guna coklat jenama beryl’s. Coklat ni sedap gila! Serius!

Bukan buat brownies je sedap, buat kek batik, kuih muih, biskut raya pun sedap sangat.

Resepi ni, nak buat jual bisnes pun lagi ngam!

Bahan-bahan Serta Cara Buat Brownies Kedut:

BAHAN A:

  • 200g dark chocolate (brand beryl’s)
  • 200g milk chocolate (brand beryl’s)
  • 150g butter

Cairkan kaedah double boil sampai cair

BAHAN B:

  • 100g gula kastor
  • 100g gula perang
  • 3 biji telur ayam
  • 1sk esen vanila

Kacau kemudian masukkan dalam bancuhan coklat tadi.

Tak perlu tunggu coklat sejuk. Boleh terus masukkan.

Kacau sebati.

BAHAN C:

  • 100g tepung naik sendiri
  • 30g serbuk koko

Masukkan bahan C dalam bancuhan atas.

Gaul sebati.

Bakar dalam loyang selama 30 minit, 160°

Dah masak, biarkan sejuk seketika.

Kemudian boleh potong petak & drizzlekan topping atas brownies masing-masing.

Tips:

Beli je dengan mereka yang jual brownies kat luar sebab lebih jimat. Sebab kos lebih murah berbanding buat sendiri. Hehe.

Cumanya kalau kita buat sendiri, kelebihan kita boleh buat banyak-banyak sekali rap.

Tapi buat banyak-banyak siapa nak makan. Kecuali yang family besar. Hehe. Baru rasa berbaloi lepas buat, habis dimakan keluarga.

Cuma, kalau rasa teringin nak makan sikit-sikit, buat hilang kempunan sekali sekala, beli yang dah siap je. Mudah dan jimat.

Saya teringat dulu pernah order brownies kedut dari kawan .

First time cuba rasa. MashaAllah sedap!! Lembut, chewy bila ngap tuh.

Sejak tu terus jatuh cinta dengan brownies.

Tapi kena tengok tangan orang yang buat jugak tau. Ada orang buat keras.

Jaran-jarang jumpa bakers yang buat brownies jenis kenyal, lembut, cair dimulut bila makan.

Selamat mencuba!

CARIAN BERKAITAN:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment