Resepi Campak-Campak Asam Pedas Melaka Merecik

Assalamualaikum.

Sebut je ASAM PEDAS MELAKA memang gerenti ramai yang terliur. Kira ni jugak favourite encik suami, kalau ada depan mata bertambah-tambah lah nasi tu. Lupa terus sunnah berhenti sebelum kenyang.

Nanti boleh cuba resepi ni pulak Cara Masak Sup Ikan Salmon Sedap

Resepi Campak-Campak Asam Pedas Melaka Merecik

Tak susah pon nak membuatnya. Kalau ikot cara saya suka yang pekat-pekat kuahnya. Baru nyummmyyy happy tummy.

Ramai yang rasa susah nak buat sebab bahan dia yang banyak. Cara membuatnya semudah ABC ja. Campak-campak kan aje semuanya tup tupp, haaaa dah menjadi. Okey kita tengok bahan-bahan dia dulu..

Bahan blender

  • Cili kering 20-30 tangkai direndam
  • Bawang besar 2 biji
  • Bawang putih 3 ulas
  • Halia 1 inci
  • Lengkuas 1 inci
  • Kunyit hidup 1 inci
  • Serai 1 batang
  • Bunga kantan separuh
  • Belacan bakar 1 inci

Bahan lain

  • Ikan kembung 3- 4 ekor
  • Daun kesum/laksa segenggam
  • Lada hitam secubit
  • Air Asam jawa
  • Bendi 4- 5
  • Bunga kantan dipotong 2

Senang sangat nak masak dia. Mula-mula Campakkan je bahan blender dalam minyak agak panas dan tumis hingga agak kering.

Kemudian, tambah kan air dalam 2-3 cawan.

Campakkan ikan kembung atau whatever jenis ikan ikut suka 😆, bunga kantan, daun kesum, bendi, air asam jawa, lada hitam, gula dan garam.

So, dah campak semua kan? Slow kan api dan masak hingga kuah cukup pekat ikut selera masing-masing.

SIAP !!!

Haaa. So kalau saya, asam pedas ni paling “woooOooww” dimakan dengan nasi putih panas-panas, telur masin, ulam-ulam dengan sambal belacan. Perghhh! Tak tahan rasa.

Korang jugak boleh try buat asam pedas ayam. Ayam digoreng kunyit dahulu, kuah perlu lebih pekat dan bezanya tak perlu campakkan bendi. Haaaa asam pedas ayam sedap kalau makan cicah roti petang-petang.

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • resepi asam pedas melaka asli
  • asam pedas power malacca town, malacca, malaysia
  • resepi asam pedas mudah
  • resepi asam pedas ikan kembung
  • asam pedas melaka sedap

 



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment