Resepi Cara Buat Burger Telur Paling Sedap, Simple & Meleleh

Kat pasaraya memang ada dijual burger jenis sejuk beku. Tapi, jauh beza sangat nak dibandingkan, kalau korang buat sendiri burger kat rumah. Burger telur homemade lebih sedap & korang juga boleh masak telur jenis meleleh. Slurrp!

Semalam kita cerita pasal cara buat Kentang Bakar Salut Keju Meleleh kan? Harini, kita masak pulak burger telur meleleh.

gambar-burger-telur-meleleh-sedap

Gambar burger bersalut telur meleleh dah siap masak!

Selain burger homemade, sebenarnya korang boleh juga olah resepi burger telur tu jadi bebola daging untuk dijadikan sup. Kot tetiba tukar angin nak buat Resepi Sup Cendawan dengan Bebola Daging, bolehla cuba resepi kat link tu.

Ikut kreativiti masing-masinglah. Kita yang buat dia, bukan dia buat kita. Kan? Haha.

Berbalik pada burger, saya yakin memang habis licinlah kalau korang buat resepi ni untuk hidang pada anak & suami. Bayangkan telur goyang dipadankan dengan burger yang juicy, ummph sedapnya!

Resepi Cara Buat Burger Telur Paling Sedap, Simple & Meleleh

Resepi Cara Buat Burger Telur Paling Sedap, Simple & Meleleh

Bahan perencah dan rempah yang digunakan pun mudah nak jumpa kat pasaraya berdekatan. Tak perlu kos yang banyak untuk buat sarapan pagi sedap giler untuk anak & suami.

Antara bahan yang diperlukan untuk buat burger telur adalah:

burger telur sedap dan mudah untuk sarapan pagi

burger telur sedap dan mudah untuk sarapan pagi

Bahan-bahan Buat Resepi Burger Telur Meleleh:

  • 3 Sb minyak masak
  • 200gm daging kisar (beli brand Ramly)
  • 6 keping roti
  • 3 biji telur
  • Secubit garam
  • Secubit kari daging MAK SITI
  • Secubit jintan manis MAK SITI
  • Secubit serbuk cili MAK SITI

Cara penyediaan:

  1. Campurkan daging kisar bersama daun parsley yang dah dicincang halus. Gaul sekata.
  2. Kemudian kepalkan daging tersebut dan bentukkan menjadi bulatan yang berlubang di tengah. Macam bentuk donut lah.
  3. Taburkan dahulu rempah dan perasa kari daging, jintan manis, serbuk cili & garam di kedua bahagian burger yang dah siap dibentuk tadi.
  4. Panaskan minyak, dan goreng burger.
  5. Biarkan separuh masak lalu masukkan telur ke bahagian tengah burger
  6. Setelah telur siap dimasak, angkat dan hidang

Untuk paparan visual yang lebih pantas dan jelas, terus tengok video cara membuat burger telur meleleh di bawah:

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • Telur burger recipe
  • Resepi burger telur
  • cara membuat burger sederhana dari roti tawar
  • cara menyusun burger
  • resep membuat burger mini
  • cara menyusun isi burger
  • cara membuat daging burger sendiri di rumah
  • susunan burger yang benar
Summary
Recipe Name
Resepi Cara Buat Burger Telur Paling Sedap, Simple & Meleleh
Author Name
Published On
Preparation Time
Cook Time

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment