Resepi Cara Masak Kari Ayam Kentang Dengan Santan

Sebut je ayam kari memang dah terbayang pekat dia, lemak dia, manis, masin, bau daun kari.

Fuhh, memang sesiapa tak boleh tolak bila dihidangkan dengan lauk kari ayam kentang bersantan ni.

Paling best bila lauk kari ayam santan dimasak mak kita. Rasa dia memang takda siapa boleh lawan. Kan? Haha.

RESEPI CARA MASAK KARI AYAM KENTANG DENGAN SANTAN

Mudah sebenarnya untuk masak kari ayam kentang bersantan ni. Biasanya orang panggil gulai ayam kot? Sebab kari ni berbeza sikit berbanding kari lain.

Ada bahan tambahan yang akan bagi aroma kari ayam kentang bersantan ni lebih wangi & sedap.

Antara bahan-bahan untuk masak ayam kari kentang bersantan ni adalah:

BAHAN TUMIS RESEPI CARA MASAK KARI AYAM KENTANG DENGAN SANTAN
Bahan Tumis resepi cara masak kari ayam kentang dengan santan

Bahan Penumis:

  • 1 batang Daun kari
  • 2 Biji Bunga cengkih
  • 2 batang Kayu manis
  • 3-4 Biji pelaga
  • 1 inci Halia
  • 1 biji Bawang besar
  • 2 biji Bawang putih

1.Selepas habis tumis semua bahan di atas, dah boleh masukkan bahan-bahan lain seperti:

Resepi Cara Masak Kari Ayam Kentang Dengan Santan
  • 3 sudu besar Rempah kari (campur dengan air untuk jadikan ianya paste & mudah dimasak)
  • 1 sudu besar serbuk cili ( campur dengan air untuk jadikan ianya paste & mudah dimasak)
  • Setengah ekor ayam
  • 1 kotak kecil santan
  • 1 sudu gula
  • Secubit garam

2. Masukkan bahan di atas dan gaul sekata sehingga separuh masak. Kemudian masukkan bahan lain seperti :

Resepi Cara Masak Kari Ayam Kentang Dengan Santan
  • 2 biji tomato (potong 6)
  • 10 biji cili api (ditumbuk)
  • 3 biji kentang (potong ikut suka)
  • Air secukupnya

3. Biarkan semua bahan masak terutamanya kentang.

Saya tak memasukkan kentang di awal masakan kerana taknak kentang hancur & ini akan menyebabkan kuah menjadi terlebih pekat.

4. Gaul rata masakan jangan biar tinggal je. Nanti hangit pulak kuah kari tu. Hehe.

Gaul rata & jika air dah kering, kentang masih belum masak sepenuhnya, korang boleh tambah lagi sikit air & seimbangkan rasa dengan tambah gula & garam.

Jangan tambah terlalu banyak air. Agak-agak sahaja.

Kalau rasa nak lebih mudah & pantas, saya sarankan korang terus tengok video resepi Ayam Kari Kentang Bersama Santan di dalam video di bawah. Boleh buat rujukan sebelum masak.

Eh korang. Cuba tengok kat  Resepi Kambing Grill ni. Serius resepi ni Sedap & Juicy!

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • cara masak kari ayam tanpa santan
  • kari ayam mamak
  • kari ayam chef wan
  • resep kari ayam kentang
  • cara masak kari daging
  • resepi kari ayam mat gebu
  • kari ayam recipe
  • kari ayam tanpa santan
  • kari ayam kelantan

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment