Dekat Negeri Sembilan ni, terkenal dengan menu lauk masak lemak. Pernah ada surirumah yang bercerita, suami beliau (orang Negeri Sembilan) tak boleh kalau takda lauk masak lemak setiap hari.
Eh kalau dah habis baca resepi ni, jangan lupa jengah baca resepi Cara Buat Pearl Macam Cool Blog
Sambung cerita..
Masa tu, saya ingatkan mungkin suami beliau peminat tegar masak lemak. Tapi selepas singgah ke beberapa kedai makan sekitar Negeri Sembilan, memang menu masak lemak wajib ada.
Saya kurang arif tentang info ni. Memandang saya orang Johor, kami hanya minat makanan pedas seperti sambal. Terutamanya sambal totok. Uisy sedapnya.
Tapi berlainan pula dengan orang Nogori ni. Mereka lebih gemar dan berhantu dengan masakan masak lemak. Betul ka?
Malah di Seremban sendiri ada kedai makan yang hanya jual menu masak lemak sahaja. Cuma agak mahal lah. Dua orang makan lebih RM20 untuk menu yang ringkas.
Saya akui ramai yang suka masak lemak ni, tak kiralah orang nogori atau tidak. Saya sendiri minat masak lemak. Pastu ratah dengan nasi putih panas.
Mmm. Sedapnya bila terbayang makanan waktu puasa ni. Haha. Masih teringat-ingat setiap kali makan lauk masak lemak, mesti akan jilat jari. Nyums!
Sebenarnya tak susah nak masak lauk masak lemak sedap untuk santapan keluarga. Korang boleh cuba resepi sedapfood sebab dijamin semua akan jilat jari nanti. Hehe.
Resepi Cara Mudah Daging Masak Lemak Cili Padi
Untuk resepi harini, kita buat resepi daging salai masak lemak cili api.
Antara bahan-bahan penumis untuk daging masak lemak cili api:
BAHAN PENUMIS:
- 2 Sb minyak masak
- 1 Biji bawang merah (blend dengan air)
- 2 Biji bawang putih
- 1 Inci lengkuas (hiris & blend dengan air)
- 1/2 Inci halia (hiris nipis)
- 2 Sb ketumbar MAK SITI (ditumbuk)
- 1 Sb serbuk kunyit MAK SITI (campur dengan sedikit air)
- Selesai tumis, biarkan bahan tumis seketika sehingga naik bau wangi. Gaul rata.
Bahan lain:
BAHAN LAIN:
- 200ML santan kotak
- 2 Biji kentang (potong 6)
- 1 Biji tomato (potong ikut suka)
- 1 Cawan air secukupnya
- 1 Mangkuk daging salai (cara buat ada di bawah)
- 10-15 Biji cili padi
- 2 Batang serai (ketuk)
- 2 Helai daun kunyit
- 2 Sb gula
- Secubit garam
2. Dah naik bau wangi tu, korang masukkan santan, kentang & air.
3. Biarkan kentang separuh empuk barulah masukkan tomato, batang serai, daun kunyit, garam, gula, cili padi. Biarkan seketika & gaul rata.
4. Agak dah mendidih tu masukkan daging yang dah disalai awal-awal lagi. Cara nak salai daging:
- Gaulkan daging lembu bersama serbuk kunyit MAK SITI & secubit garam. Grill atas kuali khas sampailah daging masak (saya pakai grill pan dari IKEA jer).
Bau asap memang ada kalau buat daging salai guna teknik camni.
5. Biarkan seketika sehingga semua masak dengan rata. Jangan lupa gaul & yaa boleh tutup api gas & hidang dengan nasi putih panas. Sedap aih!
Macam biasa, nak lagi mudah faham resepi, korang boleh rujuk video Cara Masak Daging Salai Masak Lemak Cili Padi di bawah:
Kalau sedap & menjadi, komen kat bawah artikel ni ok?
CARIAN YANG BERKAITAN:
- resepi daging masak lemak cili api Azie kitchen
- resepi daging masak cili api mudah
- daging masak gulai
- cara buat daging salai
- resepi daging salai masak lemak cili api negeri sembilan
- daging masak gulai darat