Confirm Jadi Resepi Mozarella Cheese Corndog Korea Ni

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Sebelum Dya share resepi ni, Dya dah banyak kali cuba buat corndog mozarella cheese dengan ambil resepi fb dan blog lain.

mozarella cheese corndog
mozarella cheese corndog

Tapi, resepi diorang tak menjadik!

Stress sangat masa tu. Dya buat 3 kali tak menjadi, tepung tak melekat kat sosej walaupun dah buat adunan pekat.

Kemudian, kentang tak melekat kat salutan adunan tu.

Bila masak memang confirm hancur corndog aku.

Dya frust bila tiru resepi fb & blog & youtube yang share resepi tak menjadik. Badmood seharian. Tak tipu. Hahah..

Confirm Jadi Resepi Mozarella Cheese Corndog Korea Ni

Akhirnya Dya rujuk resepi asal dari Korea. Hah! Hambik, baru menjadik resepi cheesy mozarella corndog hotang nih.

Bahan Resepi Mozarella Cheese Corndog Korea:

  • 300gm tepung gandum
  • 100gm tepung beras
  • 1 sb gula
  • secubit garam
  • 4gm yis
  • Air suam secukupnya

Cara Masak Corndog Macam Korean Street Food:

Cara masak korang boleh rujuk kat video bawah ni:

Nak Tengok FULL VIDEO MAKAN CORNDOG KAT BAWAH:

Baca Juga Resepi Kuih Getas Kenyal Tapi Lembut

TIPS Kentang Rangup Bila Digoreng:

Dya ada tips penting kalau korang nak kentang rangup bila digoreng.

  1. Potong dadu kentang
  2. Kemudian rendam dalam air selama 30 minit
  3. Ulang buat dua kali, tukar air rendaman baru.
  4. Kemudian , tos dan keringkan
  5. Baru boleh salut luar doh corndog

Hasilnya, kentang korang akan rangup masa digoreng dan takda lagi masalah kentang lembik.

Cubalah tips ni. Sebab kalau korang goreng terus tanpa rendam dahulu, hasil corndog hotang takkan menjadi rangup

Hotang korang akan jadi lembik kat luar. Trust me.

Sebab takda sapa pun bagitau tips ni kat resepi diorang di blog/youtube.

Dya dapat tips ni dari kawan yang nak goreng kentang rangup buat sendiri.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment