Resepi Cucur Nampak Kembong Dan Bulat Cantik

Resepi ni hasil perkongsian dari cik puan Yati Rahim. Dya rasa perlu untuk letak dalam blog sebab tak pandai buat cucur kembong bulat terbentuk cantik selama ni! Haha.

Terima kasih empunya resepi, sebab sudi berkongsi resepi. Rupanya nak buat cucur tu nampak kembong bulat cantik mudah sebenarnya.

Resepi Cucur Nampak Kembong Dan Bulat Cantik

Bahan- bahan nak buat cucur pun tak banyak dan tak renyah. Antara bahan untuk buat cucur kembong cantik:

  • 2 Cawan tepung gandum
  • 2 cawan air panas
  • 3 sb gula
  • 1/2 sk garam

Cara masak cucur yang betul:

  1. Campurkan tepung gandum, gula dan garam ke dalam mangkuk. Gaul sebati
  2. Masukkan air panas. Kacau dengan senduk sehingga sebati, biarkan sedikit sejuk
  3. Bila adunan dah sejuk, ambil sedikit adunan dan bulatkan. (Masa ni adunan akan melekat kat tangan, jadi nak bagi doh tu licin sedikit, calit sedikit air di hujung jari supaya doh yang nak dibulatkan tak melekat kat tangan. Dah  siap, susun doh atas tray
  4. Panaskan minyak deep-fry. Bila dah panas, slowkan api supaya warna cucur cantik
  5. Golek dan kacau2 untuk sekatakan warna cucur

Hemm, camni ke nak buat cucur bulat? Selama ni dya try buat saiz cucur besar gedabak and tak bulat pon. TQ untuk resepi ni!

Video penuh di bawah:

 

Baca Juga Resepi Sambal Ayam Penyet Sedap Weh!

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment