Resipi Kampung Istimewa Urap Pegaga Ringkas Dan Mudah

Urap Pegaga memang jarang didengari oleh ramai orang terutama dibandar, hanya boleh terdapat di kawasan kampung-kampung sahaja.

Tapi bagi mereka penggemar ulam-ulam tak salah mencuba resipi yang di kongsi oleh Cikza kalini.

URAP PEGAGA MENU KAMPUNG

Kalau dilihat urap ni lebih kepada kerabu ulam ada campuran kelapa beserta rempah-rempah bagi meningkatkan selera kita.

Pegaga dikatakan mampu merawat ­kerosakan kulit secara tradisi selain meningkat­kan peredaran darah untuk memberikan wajah lebih berseri kepada mereka yang rajin me­ngamalkan makan daun pegaga atau minum air rebusannya. Amalan meminumnya dikatakan mampu menjadikan wajah kelihatan awet muda kerana ia membantu menyuburkan kulit, rambut dan kuku. Ini kerana ia menyokong pembentukan kolagen, seterusnya mengelakkan kulit kendur atau kehilangan lembapan semula jadi.

Jika kita lihat memang banyak khasiat pegaga ni, tapi tahu tak, yang rupanya pelbagai olahan boleh dibuat dengan daun pegaga ni.

Untuk harini Cikza ingin berkongsi resepi kampung yang menjadi kesukaan mama Cikza. Kalau menyinggah pasar kampung, memang rugi kalau tak membelinya.

Resipi Kampung Istimewa Urap Pegaga Ringkas Dan Mudah

Urap Pegaga – Sumber Peribadi Cikza.com

Resipi Kampung Istimewa Urap Pegaga Ringkas Dan Mudah

Bahan-Bahan:

  • 2 ikat pegaga
  • 2 biji kelapa parut ( putih sahaja )
  • garam & gula ( ikut rasa )
  • 3 sudu besar Minyak

Bahan Kisar Lumat:

  • 2 ulas bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 tangkai cili merah
  • 1/2 inci kunyit hidup
  • 15 ekor ikan bilis / (ATAU 1 sudu besar udang kering )

Cara Penyediaan Urap Pegaga:

  • Daun pegaga di basuh bersih dan di toskan kering. Asingkan akar dan daun pegaga, pastu, potong pendek, terus tolak ketepi.
  • Satukan bahan kisar tadi dengan kelapa putih, gaul rata dan sekata, buh garam, gula sedikit.
  • Tumiskan kelapa seakan nak buat serunding kelapa, ( lagi lama lagi bagus, lagi sedap )
  • Masukkan daun pegaga tadi, masak sampai lecur.
  • Hidangkan ketika panas.

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • Urap pegaga menu warisan
  • urap pegaga menu kampung
  • urap daun pegaga
  • resepi ulam urap pegaga

Lepasni, jom try masak Resepi Ayam Berlada Pedas nak?

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • resepi ulam urap pegaga
  • urap pegaga menu kampung
  • urap pegaga menu warisan

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment