Resepi Karipap Kentang, Kuih Gluten Free

Kalau pergi mana-mana majlis, antara kuih muih yang boleh dikatakan wajib ada ialah kuih karipap kentang.

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
karipap kentang

Resepi Karipap Kentang


  • Author: Suri Shikin
  • Total Time: 0 hours
  • Diet: Gluten Free

Ingredients

Units Scale

Bahan-bahan doh karipap :

  • 40g Tepung Ubi Kayu
  • 100g Air Tapis
  • 60g Tepung Beras(Boleh tambah jika doh lembik)
  • Secubit Garam Pink Himalaya
  • 15g Minyak Masak

Bahan-bahan inti karipap:

  • 4 biji kentang
  • 1 biji bawang merah, dikisar
  • 2 ulas bawang putih, dikisar
  • 4 tbsp Serbuk kari
  • 1 tsp serbuk cili
  • Air
  • Garam Himsalt
  • Gula Kelapa Asli


Instructions

Cara-cara buat inti karipap:

  1. Bersihkan kentang. Asingkan dari kulitnya. Potong ia menjadi bentuk dadu
  2. Tumiskan bahan yang dikisar.
  3. Masukkan serbuk kari dan serbuk cili. Masak ia seketika.
  4. Masukkan kentang yang telah dipotong dadu. 
  5. Masukkan air dan biarkan kentang menjadi empuk.
  6. Jika air kering dan kentang masih belum empuk, masukkan air sedikit demi sedikit.
  7. Masukkan guka dan garam secukupnya.
  8. Biarkan kentang empuk dan inti menjadi sedikit kering.
  9. Apabila sudah masak, tutup api. Biarkan ias sejuk seketika

Cara-cara buat doh karipap:

  1. Masukkan air dan tepung ubi ke dalam kuali. Panaskan dengan api perlahan. 
  2. Gaulkan campuran air dan tepung ubi sehingga menjadi likat seperti gam.
  3. Tutupi. Biarkan ia sejuk. 
  4. Gaulkan tepung beras dan garam dalam sebuah bekas. Masukkan adunan tepung ubi dan minyak ke dalam bekas yang sama
  5. Uli sehingga ia betul-betul sebati.
  6. Tekstur adunan akan menjadi padat dan sedikit kenyal.

Cara Masak kuih karipap kentang:

  1. Leperkan doh menjadi kulit karipap.
  2. Masukkan inti karipap. Kelimkan ia. 
  3. Setelah itu, karipap siap untuk digoreng.

Notes

Tips: 

Boleh kelim menggunakan alat kelim karipap atau boleh juga kelim menggunakan tangan. 

  • Prep Time: 20 Minit
  • Cook Time: 15 Minit
  • Category: Kuih Muih
  • Cuisine: Malaysia
karipap kentang gluten free

Bukan setakat di majlis-majlis je, tapi kalau pergi kedai-kedai tepi jalan yang jual sarapan, mesti ada kuih karipap.

Bila sampai bulan Ramadhan, dekat bazar-bazar, memang konfirm ada kuih karipap.

Saya rasa mungkin sebab rasa dia yang sangat dekat dengan selera kita. Rasanya yang tak terlalu manis, ada sedikit pedas, tekstur dia yang ringan dan yang pasti mengenyangkan.

Sebab itu karipap jadi salah satu kuih wajib yang rakyat Malaysia makan.

Tapi ada je yang tak suka kuih ni jugak. Ikut selera masing-masing.

Karipap Kentang Versi Gluten Free

Disebabkan kulit karipap biasanya menggunakan tepung gandum dalam adunannya, ikin kongsikan resepi ni untuk sesiapa yang mengamalkan makanan gluten free. Jom Try!

Selain kuih karipap kentang, jom cuba buat resepi gluten free lain, Kuih Dangai

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi karipap rangup
  • Kuih karipap gebu
  • Resepi karipap kentang simple
  • Resepi karipap sukatan cawan

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star