Resepi Kuih Seri Muka Sukatan Cawan

Bahan Untuk Bahagian Bawah Kuih:

  • 3 cawan beras pulut
  • 2 cawan santan
  • garam secukup rasa ( lemak masin)
  • daun pandan sehelai

Cara Masak:

Rendam pulut 2 jam, campurkan santan & garam, daun pandan selit2 dekat pulut, kukus dalam 30mnt @ sampai masak

Bahan Untuk Bahagian Atas Kuih:

  • 3 cawan santan
  • 1/2 cawan air pandan
  • 1 cawan gula
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • 1/2 cawan tepung jagung
  • sebiji telur
  • perasa pandan + pewarna hijau

Cara Masak

campurkan semua..tapis & kacau kejap atas api sampai naik wap, pulut yang dah masak tadi tekan2 ( jgn lupa buang daun pandan yg terselit tadi) tuangkan lapisan atas..kukus dalam 40 minit.

Lepas dah tutup api biarkan sekejap atas kukus tu dalam 10 minit baru angkat..dah sejuk bole potong..inshaa allah kuih ni tahan 1 hari tak basi

Cuba Juga Resepi Wadai Kipeng Sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment