Resepi Laksam Gluten Free, Ringkas dan Sedap!

Resepi Laksam versi gluten free adalah antara makanan yang tidak menggunakan gluten disebabkan ianya hanya guna tepung beras sebagai bahan utamanya.

Ianya makanan tradisi daripada Kelantan dan Terengganu. 

Jom ikin share resepi laksam gluten free ni !

Print
clock clock iconcutlery cutlery iconflag flag iconfolder folder iconinstagram instagram iconpinterest pinterest iconfacebook facebook iconprint print iconsquares squares iconheart heart iconheart solid heart solid icon
laksam sedap

Resepi Laksam Sedap


  • Author: Suri Shikin
  • Total Time: 45 minutes
  • Yield: 2 orang 1x
  • Diet: Gluten Free

Description

Buat laksam guna tepung gluten free dan berkuahkan santan. Sambal buat penambah selera dan tambah rasa sedap


Ingredients

Units Scale

BAHAN A : Bahan-bahan buat laksam Gluten Free

  • 3 cawan Tepung beras tanpa campuran
  • 4 cawan air masak

BAHAN B: Bahan-bahan Kuah Laksam

  • 7 ekor Ikan selar
  • 700 ml Santan
  • 1 biji bawang besar dikisar
  • Lada hitam
  • 1 keping asam keping
  • Garam himsalt

BAHAN C: Bahan Sambal

  • 4 tangkai Cili api
  • 2 tangkai Cili besar
  • Garam himsalt
  • Mushroom seasoning

Instructions

STEP A: Cara-cara buat Laksam Gluten Free

  1. Campurkan kedua-dua bahan dalam mangkuk.
  2. Kacau sampai sebati.
  3. Letakkan dalam loyang. Jangan terlalu tebal dan jangan terlalu nipis.
  4. Kukuskan ia sampai mengelembung
  5. Angkat dan gulungkan ia.
  6. Potong gulungan laksam 

 

STEP B: Cara-cara buat kuah laksam

  1. Rebuskan ikan selar bersama asam keping sehingga masak. 
  2. Asingkan isi ikan. 
  3. Kisar isi ikan dengan santan
  4. Panaskan santan dan isi ikan yang telah dikisar.
  5. Masukkan juga bawang yang telah dikisar.
  6. Kacaukan ia.
  7. Masukkan sedikit lada hitam dan garam himsalt secukupnya.
  8. Masak sehingga kuah mendidih

 

STEP C: Cara-cara buat sambal laksam

  1. Tumbuk atau kisar kesemua bahan sehingga hancur.
  2. Perasakan dengan garam himsalt dan Mushroom seasoning

 

STEP D : Cara hidang

  1. Masukkan sedikit laksam yang telah digunting ke dalam mangkuk.
  2. Masukkan kuah laksam.
  3. Boleh sajikan dengan ulaman yang diracik seperti tauge dan kubis.
  4. Letak sedikit sambal jika hendak pedas.
  5. Siap untuk dihidang.

  • Prep Time: 15 minutes
  • Cook Time: 30 minutes
  • Category: Side Dish
  • Cuisine: Malaysia

Keywords: laksam kelantan, laksam viral, resepi laksam sedap, resepi laksam utara

resepi laksam

Tips Resepi Laksam

Makanan ini adalah kombinasi daripada laksam yang dibuat daripada adunan tepung beras. Ia akan dikukus dan digulung menjadi panjang dan digunting menjadi lebih pendek.

Laksam dimakan dengan kuahnya yang lemak berkrim dibuat daripada santan dan isi ikan. Ulam-ulaman seperti kacang panjang dihiris-hiris, cili merah, taugeh juga turut disajikan bersama. Nak bagi ada sedikit pedas, sambal untuk kuah laksam pun disediakan.

Pertama kali buat akan merasakan ianya renyah tetapi sebenarnya senang je nak buat laksam ni.

Makanan ni tak boleh disimpan terlalu lama sebab ia mengandungi santan. Biasanya makanan bersantan ni cepat basi. 

Jadi , lagi sedap kalau dimakan segar selepas dimasak. Baru terangkat. Nak tambah pun tak segan silu.

Baca Juga: Resepi Roti Tanpa Tepung

Makluman Affiliate: Artikel ini mengandungi link affiliate, kami akan menerima komisen sekiranya kalian membuat pembelian melalui link affiliate tersebut. Ianya tidak melibatkan dan tidak akan mengenakan sebarang kos tambahan terhadap kalian. Terima kasih yang tak terhingga sekiranya anda membeli barang menggunakan link affiliate di artikel ini. Saya sangat hargai sokongan anda dan ianya sangat membantu saya untuk menambahbaik lagi prestasi blog di masa akan datang

CARIAN BERKAITAN:

  • Resepi laksam
  • Laksam Kelantan
  • Laksam Terengganu

Inti Artikel:

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe rating 5 Stars 4 Stars 3 Stars 2 Stars 1 Star