Resepi Lepat Labu Kukus Sukatan Cawan

Bahan-bahan Kuih Lepat Labu Sebelum Dikukus:

1) ½ biji labu, (rebus dan lecek)
2) ½ biji kelapa parut
3) 1 cawan gula
4) ½ sudu teh garam
5) 2 cawan tepung gandum
6) ½ cawan gula merah
7) Daun pisang secukupnya (layur diatas api)

Cara Buat Lepat labu

  1. Panaskan pengukus.
  2. Kisar kesemua bahan kecuali kelapa parut dan daun pisang hingga sebati.
  3. Ambil sekeping daun pisang, letakkan 1sudu adunan labu ditengah- tengahnya secara memanjang.
  4. Letakkan 1 sudu teh kelapa parut di tengah- tengahnya sebagai inti. Tutup
  5. kelapa parut tadi dengan 1 sudu adunan labu. Balut adunan itu dengan lipat kedua-dua hujung daun itu ke bawah, supaya menjadi lipatan berukuran 12×11 cm.
  6. Buat sehingga habis.
  7. Kukus selama setengah jam atau hingga masak.

Baca Juga Resepi Keropok Lekor Terengganu Sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment