Resepi Makaroni Cheese Paling Mudah Dibuat Dan Lazat

Bila duk scroll IG, nampak sedap je bila ramai sangat duk ratah makan makaroni yang ada cheese tarik-tarik. Nak buat resepi ni pun mudah & lazat rupanya.

makaroni cheese mudah buat lazat

Tu yang Dya terfikir nak cuba buat resepi makaroni cheese paling mudah dan simple.

Part tarik cheese tu wajib ada lah. Senang dibuat dan sedap!

Resepi mudah buat makaroni cheese

Bahan-bahan membuat makaroni cheesy:

Macaroni | direbus  kuantiti ikut suka
Ayam | potong dadu
Susu kotak | 1/2 cawan
Cream cheese | 1@2 sudu besar
Mozarella cheese | 2 genggam
Perasa secukupnya

Cara masak:

  1. Rebus makaroni sehingga lembut (Dya guna makaroni bentuk siku)
  2. Rebus juga ayam hingga empuk
  3. Toskan air rebusan lebihan
  4. Masukkan susu dalam 1/2 cawan ke dalam makaroni dan ayam. Pastikan dimasak dengan suhu kecil
  5. Masukkan juga sedikit perasa
  6. Kemudian, letak pula cream cheese, tujuan untuk pekatkan kuah. Gaul rata hingga cheese mencair
  7. Pastikan gaul kesemua bahan dengan cepat
  8. Masukkan pula beberapa genggam mozarella cheese. Dya letak dua genggam untuk makan sorang je.
  9. Gaul sekejap, terus angkat. Hias dengan mixed herbs
  10. Makan masa tengah panas-panas. Kalau dah sejuk tak dapat makaroni cheese tarik-tarik. Hihi.

Ni resepi paling simple Dya buat. Selain ayam, ada orang letak macam-macam dalam resepi macaroni cheese.

Contohnya letak tomato, sosej, cendawan butang, lada benggala, carrot, tomato puri, butter, prego cheese, dll.

Kalau nak letak semua bahan meriah macamtu, kos pun meriah jugak kena tambah. Kan? Haha.

Jadi, kita guna apa adanya asalkan resepi macaroni cheese sedap gila dan boleh ditarik cheesenya.

Next time Dya buat lagi masakan yang sama cuma bahan kita adjust/tambah yang lain pulak.

Resepi yang ni senang sangat nak buat & rasa dia memang lemak berkrim. Cubalah! Nanti dah siap komen bawah okay?

Haritu Dya ada cuba masak biskut kurma untuk baby, menjadi! Mommy bolehla cuba buat nanti.



Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment