Resepi Kerang Masak Tumis Pedas Dan Lazat

Kerang  bila direbus dengan halia & serai. Kemudian dicicah dengan sos campur kicap. Aduh, rasa lapar pulak bila ingat menu ni. Simple tapi makan tak henti, bertambah nasi.

Ada banyak cara nak pelbagaikan masakan kerang korang. Antaranya resepi kerang masak tumis ni.

Biasanya korang semua masak guna apa? Sebab ada sesetengah orang suka masak letak cili giling, ada sesetengah orang suka letak cili hijau yang dah dikisar. Kan?

Cumanya, untuk resepi yang ni kita tak kisar cili pun. Main campak terus jadi. Hehe.

Resepi Kerang Masak Tumis Pedas Dan Lazat

kredit gambar fitri susanti

Nak masak pun mudah je. Rasa dia memang sedap gila. Kalau korang tak makan pedas, kurangkan cili dalam masakan.

Kot anak-anak tak makan pedas. Macam Dya ni memang hantu pedas. Memang suka gila. Tak pedas rasa tak best.

Dya suka masakan yang pedas kalau boleh nak pedas macam Resepi Sambal Ayam Penyet Pedas Gila ni.

Tapi, tak elok sebenarnya kerap makan pedas. Perut tak tahan. Karang asyik memerut je lah jawabnya. Tapi sebab sedap, Dya selalu lupa bab tu. Haha.

Resepi Kerang Masak Tumis Pedas Dan Lazat

Jadi, cara nak masak & resepi kerang masak tumis boleh tengok senarai bahan kat bawah:

Bahan:

Kerang  1 kg
Garam
Sos tiram 4 sdm
Sos cili 4 sdm
Kicap manis 2 sdm
Daun limau 2 helai
Daun salam 2 helai
Tomato dihiris
Daun bawang
Daun saderi utk ditabur

Bahan tumis :
Bawang merah 5 biji
Bawang putih 4 biji
Halia
Lengkuas
Cilipadi merah dihiris
Cili padi dihiris

Cara Masak Kerang Tumis Pedas :

1. bersihkan kerang & tos
2. tumis bahan tumisan hinga naik bau.
3. masukkan kerang & air. 4. Kemudian tutup
4. Setelah itu masukkan sos cili,tiram,kicap n garam.gaul rata
5. masukkan cili hiris,daun bawang & tomato
6. Masak sampai semua sebati.
7. Tabur daun saderi & hidangkan

Resepi ni datang dari warga Indonesia. Dya terfikir untuk cuba resepi ni sebab teringin sangat dah ni. Terima kasih cik/puan fitrie.susanti sudi berkongsi resepi enak.

Senang kan nak masak & nak siapkan pun tak ambil masa yang lama. 1 kg kerang ni dya sorang boleh habiskan. Memang tak puas weh.

Kalau agak-agak nak masak untuk keluarga, cadangan Dya, belilah 2-3 kg kerang. Baru puas hati. Hehe.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment