Cara Masak Resepi Mudah dan Sedap Siakap Tiga Rasa

Sesekali saya ingin menyediakan lauk istimewa buat suami tercinta dan anak-anak tersayang untuk makan tengahari. Kebiasaan menu Siakap Tiga Rasa dimakan pada waktu  malam dan mudah didapati di restoran tomyam tapi harganya pun boleh tahan juga.

Apa kata, kali ini kita sediakan menu tersebut buat keluarga untuk santapan makan tengahari atau makan malam.

Kebetulan, sewaktu saya pergi ke pasar pagi berhampiran dengan kawasan perumahan saya, saya telah membeli 2 ekor ikan siakap saiz sederhana berharga RM15.

Dengan menggunakan bahan sedia ada di dapur, saya yakin Resepi Siakap Tiga Rasa ini sangat mudah serta berpatutan dan anda tidak perlu menunggu hujung bulan menunggu suami gaji untuk memasak menu istimewa ini.

Bahan Utama Resepi Siakap Tiga Rasa

1 ekor ikan Siakap saiz sederhana (disiang dan dibersihkan)

1 sudu kecil garam

2 sudu kecil  serbuk kunyit

Tepung gandum @ tepung jagung untuk dilumurkan pada ikan siakap

Bahan Tumisan Sos Tiga Rasa

1 biji Bawang besar (dipotong mayang)

2 ulas bawang putih (dihiris)

Cili kering 7-10  tangkai (dikisar)

Cili api 5 batang (dibelah dua)

Sos cili 3 sudu besar

Sos tomato 2 sudu besar

Sos tiram 2 sudu besar

Sos ikan 1 sudu besar  (jika ada)

Nenas 1/2 biji (jika tiada, nenas dalam tin) pun boleh.

Tomato 2 biji (dippotong dadu)

5 helai daun limau purut (dicarik, buang uratnya)

1 batang serai (ditumbuk )

Secawan air

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Cara Memasak Resepi Mudah dan Sedap Siakap Tiga Rasa

 

  1. Panaskan kuali dengan minyak untuk menggoreng.
  2. Ikan siakap dikelar dan digaul dengan garam dan kunyit serta tepung gandum.
  3. Goreng secara deep fry, bila warna ikan goreng bertukar keemasan, angkat dan dan letak ketepi sementara untuk tos lebihan minyak goreng tadi.
  4. Keluarkan separuh dari minyak goreng ikan tadi. Anda tidak perlu membazir masa dan kos, terus tumis hirisan bawang besar, bawang putih, cili api, serai dan daun limau purut. Apabila bahan tumisan berbau wangi masukkan cili kisar dan biarkan garing sebentar. Jika anda tidak gemarkan pedas, boleh langkau cili kisar dan boleh terus masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram dan sos ikan (jika ada). Kemudian, masukkan garam dan gula secukup rasa.
  5. Ketika ini, sos sudah menjadi pekat dan sekiranya anda gemar berkuah, boleh cairkan dengan memasukkan sedikit air.
  6. Kemudian, masukkan hirisan tomato dan nenas kedalam sos tiga rasa tersebut. Kacau sebentar dan kemudian curahkan keatas ikan siakap yg telah digoreng tadi. Siap untuk dihidang bersama nasi panas-panas.

 

 

Lauk SIAKAP TIGA RASA memang jadi favourite anak-anak dan suami kerana mereka gemarkan stail sos sebegini, maka saya sentiasa pastikan sos siakap tiga rasa ni memang dibuat extra.

Bila tengok suami dan anak-anak happy ketika menjamu selera, as a wife, saya dah cukup puas hati dan gembira.

Selamat Menjamu Selera.

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment