Resepi Mudah dan Sedap Sotong Kicap dengan Lada Hitam

Sebagai surirumah pasti terjadi situasi dimana kadangkala kita boleh kehabisan bahan dalam menyediakan masakan. Oleh kerana saya terlupa stok cili blender dah habis maka saya perlu fikirkan back-up plan lauk.

Sewaktu resepi ini dicipta, hampir waktu makan tengah hari, dan anak-anak dah nak pulang dari sekolah mereka. So, saya gunakan semua bahan yang sudah sedia ada dalam dapur saya sebagai emergency plan.

Oleh kerana saya juga tidak gemar spend masa yang terlalu lama sewaktu memasak dan tidak mahu pening memikirkan apa nak makan waktu tengah hari. So, jadilah lauk segera dan mudah, Sotong Masak Kicap dengan Lada Hitam.

Bahan Utama Resepi Sotong Kicap:

Sotong 500g (disiang dan dibersihkan)

Kunyit 2 sudu kecil

Garam 1 sudu kecil

Bahan Tumisan Sos Lada Hitam:

Bawang besar 2 biji yang dihiris kasar

Bawang putih 3 ulas yang dihiris halus

Cili api 3-4 batang dibelah dua

Minyak masak secukupnya

Sos Kicap Pekat 1 sudu

Sos Kicap Manis 2 sudu

Sos Tiram 2 sudu

Sos tomato 1 sudu

Lada hitam (ditumbuk halus)

Garam secukup rasa

Gula secukup rasa

Air 1/2 cawan

Cara Memasak Resepi Mudah dan Sedap Sotong Kicap dengan Lada Hitam

  1. Mula-mula, gaul sotong dengan kunyit dan garam terlebih dahulu. Panaskan kuali dengan sedikit minyak. Selepas tu goreng sehingga sotong mengeluarkan air dan kembang. Angkat dan letakkan kedalam pinggan untuk sementara waktu.
  2. Panaskan kuali dengan minyak masak untuk menumis, selepas itu masukkan  hirisan bawang besar, bawang putih dan cili api.
  3. Bila tumisan berbau wangi,  boleh masukkan kicap pekat, kicap manis, sos tiram dan sos tomato. Jika anda tidak gemar sos tomato boleh tukar kepada sos cili atau boleh letak kedua-duanya.
  4. So, ketika ini, kuah menjadi pekat kerana disebabkan 4 jenis sos yang digunakan, maka kita cairkan dengan sedikit air dan kacau.
  5. Kemudian, masukkan sotong yang telah digoreng terlebih awal tadi kedalam kuali, letakkan garam dan gula secukup rasa serta serbuk lada hitam bagi menambah aroma kepedasan.
  6. Kacau dalam biarkan dalam 10-15 minit mendidih. Dah boleh makan dengan nasi panas-panas. Selamat menjamu selera.

Sambil tu jom cuba jugak resepi ni Cara Masak Kuah Kacang Nasi Impit

CARIAN YANG BERKAITAN:

  • resepi sotong masak lada hitam
  • resepi sotong berkicap lada hitam
  • sotong masak kicap lada hitam

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

One Response

  1. Oniejik November 22, 2017

Add Comment