Resepi Mudah Ringkas Cara Masak Sup Ikan Salmon

Bila masak ikan salmon satu je masalah. bau ikan salmon ni lain daripada ikan biasa. Lebih hamis & rasa pun agak berbeza.

Tak faham kenapa orang jual ikan salmon lebih mahal daripada ikan lain. Sedangkan isi ikan salmon ni tak manis macam ikan kembong, tapi padat dan sedap jika kena dengan masakan.

Biasanya korang masak ikan salmon dengan masakan apa? Masak steam? Sambal? Atau sup? Hehe.

Kalini, saya cuba masak sup ikan salmon. Menjadi ke tidak. Bau salmon ni hamis ke?? Orang kata untuk hilangkan hamis salmon, perah lemon dan gaulkan perahan lemon bersama ikan salmon tu.

Resepi Mudah Ringkas Cara Masak Sup Ikan Salmon

Antara bahan untuk tumis sup kepala ikan salmon:

Resepi Mudah Ringkas Cara Masak Sup Ikan Salmon

BAHAN SUP:

  • 1 Sb Minyak zaitun
  • 3 Biji bawang putih
  • 1 Pot air rebusan ayam ( ambil ayam bahagian bertulang pun boleh, rebus & ambil airnya)
  • 1/2 Biji ┬álimau kasturi
  • 1 Biji lobak merah
  • 1/2 biji limau mandarin (perah ke dalam kuah)
  • Hirisan kulit limau mandarin
  • 4-5 keping hirisan limau mandarin
  • 1 Sb madu
  • 1 Sb tepung jagung ( cairkan dengan air dahulu)
  • Secubit garam
  • Secubit lada putih Mak Siti
  1. Masukkan minyak masak/minyak zaitun dan tumis bawang putih
  2. Bila bawang dah naik bau wangi, masukkan air rebusan ayam
  3. Tambahkan garam, serbuk lada putih Mak Siti, jus limau kasturi, madu
  4. Perahkan limau mandarin ke dalam sup yang sedang dimasak
  5. Hiriskan sedikit kulit limau mandarin ke dalam sup
  6. Masukkan lobak merah yang dah siap dipotong (ikut suka)
  7. Biarkan seketika
  8. Setelah kuah sup mendidih, masukkan tepung jagung yang dahpun digaul dengan air
  9. Gaul sebati kemudian masukkan hirisan limau mandarin ke dalam kuah sup itu tadi
  10. Matikan api dan kita beralih untuk perap ikan salmon pulak

BAHAN PERAPAN SALMON:

  • 2 ketul salmon sederhana besar
  • 1 Sb minyak zaitun
  • 2 Biji Bawang putih
  • Secubit lada hitam Mak Siti
  • 1 Sk serbuk cili Mak siti

11. Untuk perapan salmon, campurkan minyak zaitun, bawang putih yang ditumbuk halus, lada hitam, serta serbuk cili Mak Siti.

12. Gaul rata kemudian sapu di bahagian atas kedua belah ikan salmon

14. Goreng ikan salmon di atas kuali panas. Jangan terlebih masak. Agak-agak saja.

15. Angkat dan hidang ke dalam pinggan

16. Tuangkan kuah sup tadi terus ke dalam pinggan salmon tersebut

Salmon enak dimakan mentah sebenarnya. Bila digaul dengan lemon tu yang menambahkan rasa segar & sedap pada salmon.

Biasanya kita boleh nampak pada menu sushi lah. Tapi saja je nak cuba sup kepala ikan salmon ni hah. Berjaya ke idok?

Untuk lebih memudahkan korang, boleh juga rujuk video Resepi Mudah Ringkas Cara Masak Sup Ikan Salmon kat bawah ni:

CARIAN YANG BERKAITAN:

Summary
Recipe Name
Resepi Mudah Ringkas Cara Masak Sup Ikan Salmon
Author Name
Published On
Preparation Time
Cook Time
Total Time

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

MY SOCMED

dhiavivadea

Saya suka makan. Hari-hari saya makan. Makan tu sedap. Mana boleh tahan.
MY SOCMED

Add Comment