Dalam banyak-banyak sawi, sawi pakchoy antara yang paling Dya suka gila. Sebab rasa sayur pak choy tak sepahit sawi. Tu yang boleh masuk tekak. Hehe.
Biasanya korang suka masak dan makan sayur pak choy dengan apa je? Nanti kongsi resepi kat komen bawah ok?
Resepi sayur pak choy masak sos tiram ni sangat-sangat mudah nak buat. Sesuai untuk anak-anak dan tak pedas pun.
Menu pak choy masak tiram biasanya Dya suka ratah macamtu jer. Tak silap Dya kalau korang tengah buat diet atkins pun boleh cuba resepi ni.
Sebab resepi sayur pak choy sos tiram ni kurang kandungan karbohidrat. Tapi make sure kurangkan penggunaan gula. Kalau boleh jangan letak langsung.
Kalau nak try resepi Sayur Pak Choy Stail Cina pun ok je untuk pengamal atkins.
Untuk resepi ni, cara nak masak memang mudah sangat. Korang boleh rujuk bahan dan cara masak seperti yang Dya tulis kat bawah ni:
Resepi Mudah Sedia Sayur Pak Choy Masak Sos Tiram
Bahan :
4 ikat sayur pak choy, bersihkan, potong hujungnya
1 tin kecil cendawan butang dihiris
3 biji bawang putih, cincang
2 biji bawang merah, cincang
1 sb sos tiram
1 sk kicap manis
1 sk kicap masin
Garam dan lada secukupnya
1 sb gula
1 sb minyak bijan
Air secukupnya (kira-kira 1 gelas)
Sedikit tepung jagung untuk pekatkan kuah
Cara Masak Sayur Pak Choy Masak Sos Tiram
1. Rebus Pak Choy di dalam air mendidih seketika saja. Angkat dan tos, susun didalam pinggan
2. Tumis bawang putih dan bawang merah sampai wangi, kemudian masukkan cendawan Tumis sebentar.
3. Masukkan air secukupnya, Gaul rata. Masukkan soss tiram, kicap manis, kicap masin, garam dan gula.
4. Masukkan lada dan minyak bijan & gaul rata
5. Masukkan tepung jagung yg dah dicampur sedikit air.
6. Masak sehingga kuah pekat kemudian tuang atas sayur pakchoy tadi
Resepi ni dibawakan khas daripada Indonesia, oleh nyitnyitz. Terima kasih kerana sudi berkongsi resepi yang sedap & nampak menyelerakan. Jadi, lepasni tau dah nak buat apa dengan sayur pak choy ni.
Kalau tak asyik menu yang sama je bosan jugak. Kan?