Resepi Nagasari Pisang Enak Dan Lembut

Bahan-bahan Buat Kuih Nagasari:

  • 1 cawan tepung beras
  • 5 cawan santan
  • 2 sudu makan tepung jagung
  • 2 sudu makan gula
  • ½ sudu teh garam
  • pisang tanduk
  • Daun pisang secukupnya (layurkan)

Cara Buat Kuih Nagasari Pisang:

  1. Gaul sebati tepung, santan, garam dan gula.
  2. Tapiskan adunan ke dalam periuk. Kacau di atas api kecil hingga pekat dan angkat.
  3. Ambil 1 senduk adunan dan letak di atas daun pisang. Letakkan sepotong pisang dan
  4. tutup adunan ini dengan daun pisang seperti buat lepat. Buat hingga habis.
  5. Sementara itu panaskan pengukus.
  6. Letakkan kuih dalam dulang pengukus dan kukus selama 15 minit atau hingga masak. (jangan terlebih masak sebab kuih akan jadi lembik & melekat kat daun pisang)
  7. Masukkan dalam peti ais sebab sedap dimakan sejuk-sejuk

Cuba Juga Resepi Cara Buat Sambal Sira Popia Rangup

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment