Resepi Bujang Popia Maggi Goreng Letak Cheese

Klik di bawah untuk dapatkan resepi percuma

Ada satu hari tu, tengah duk scroll ig, ternampak orang share masak popia maggi goreng cheese.

Bila tengok macam sedap je.

Maggi digoreng kemudian dibuat inti popia. Tak pernah pulak terfikir resepi ni sebelum ni.

Biasanya orang akan buat popia carbonara, popia sambal, popia basah, popia inti ayam atau sayur.

Kalini jom buat popia inti maggi goreng pulak.

Resepi Popia Maggi Goreng Sedap

Bahannya:

bahan popia maggi
  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 Tangkai cili padi | dihiris
  • 1 genggam bayam brazil
  • Maggi yang dah siap rebus
  • Cheddar cheese
  • 1 peket Rempah maggi
  • Kicap manis secukupnya
  • 1 sk gula

Cara Buat:

tumis popia maggi
1. Panaskan minyak dalam kuali. Tumis bawang merah, bawang putih dan cili padi sampai naik bau. Guna 2 sb minyak masak
campur semua bahan popia
2. Masukkan semua bahan lain.
letak kicap kat maggi goreng
3. Jangan lupa masukkan juga kicap dan sedikit gula secukupnya. Dalam 2 sb. Gaul rata

Dah gaul rata, boleh angkat untuk susun atas popia pulak

cara lipat popia
4. Alaskan popia dengan cheese, letak sesudu dua maggi goreng tadi
letak cheese kat popia
5. Gulung dan padatkan inti maggi rapat ke kulit popia tu
lipat padat popia maggi
6. Lipat kiri dan kanan kulit popia. Padatkan masa lipat tu.
popia resepi
7. Gulung dan tinggalkan sikit macam dalam gambar. Sapu sedikit air untuk bagi lekat. Kemudian, baru gulung habis.
popia maggi cheese
8. Ni hasilnya.. Sebungkus maggi boleh dapat 5 ketul popia
popia maggi goreng
9. Panaskan minyak dalam kuali. Api sederhana. Goreng popia tadi bila minyak dah panas. Jangan balik-balikkan selalu. Cheese akan terkeluar sedikit masa goreng, Boleh buang cheese yang terkeluar2 tu sebab dia akan mengeras masa digoreng.

Bila bahagian bawah popia dah warna keemasan, balikkan untuk masak bahagian atas pulak.

Angkat dan tos bila dah bertukar warna perang keemasan.

resepi popia maggi cheese
10. Tadaaa. Ni hasil popia goreng cheese.

Cheese tak meleleh sebab kita guna cheddar. Kalau nak jenis cheese boleh tarik, korang kena guna mozarella cheese.

Tips: Pastikan inti maggi tu sedap secukup rasa. Barulah resepi popia maggi korang lebih umpph!

Jom masak resepi Sambal udang petai untuk berbuka nanti.

CARIAN BERKAITAN:

  • resepi popia
  • popia maggi goreng
  • resepi popia goreng sedap

Print resepi di bawah:

Resepi Bujang Popia Maggi Goreng Letak Cheese

Rupanya popia maggi goreng ni sedap. Tak pernah terfikir idea resepi macamni. Untuk yang bujang tu, sesuai sangatlah cuba masak sebab simple dan mudah
Prep Time 20 mins
Cook Time 10 mins
Total Time 30 mins
Course Snack
Cuisine Indian
Servings 3 orang

Ingredients
  

Bahan-bahannya

  • 1 biji bawang besar | dihiris
  • 2 ulas bawang putih | dihiris
  • 3 tangkai cili padi | dihiris
  • 1 genggam bayam brazil
  • 1 paket maggi | dah siap rebus dan tos airnya
  • 5 keping Cheddar cheese
  • 1 paket rempah maggi
  • kicap secukupnya
  • Gula secukupnya | anggaran 1/2 sb atau 1 sk

Instructions
 

Cara masak:

  • Panaskan 1sb minyak dalam kuali
  • Tumis bawang besar, bawang putih, cili padi hingga naik bau
  • Masukkan kesemua bahan lain kecuali cheddar cheese
  • Gula tu agak-agak secukup rasa. Kicap pun sama
  • Gaul rata. Dah sebati boleh angkat
  • Bentang kulit popia atas pinggan rata
  • Susun cheddar cheese diikuti 1 sb inti maggi goreng tadi
  • Lipat dan padatkan inti popia macam dalam gambar di atas
  • Tinggal sedikit baki kulit popia sebab kena sapu sedikit air untuk bagi popia melekat
  • Panaskan minyak dalam kuali. api sederhana
  • Goreng popia hingga bertukar warna keemasan. Cheese akan meleleh keluar sedikit. Asingkan cheese yang terkeluar tu guna sudip. Sebab cheese ni akan keras dan hangit nanti.
  • Angkat popia, tos dan hidang dengan sos cili.
Keyword popia maggi goreng, popia maggi sedap, resepi popia

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment

Recipe Rating