Resepi Popia Sambal Sira Pedas Rangup

Bahan- Bahan Inti Sayur Popia Sira

  • 1 pack Kulit popia/50pcs
  • 1 biji Sengkuang | size sederhana
  • 3 biji lobak |size sederhana
  • Udang geragau | 2 sudu besar
  • Sedikit serbuk perasa

Cara Masak Inti Sayur Popia:

  1. Sagat panjang-panjang sengkuang & lobak
  2. Tumis bahan2 semua dalam kuali dengan sedikit minyak | masak sekejap sahaja
  3. Kemudian tos & sejukkan bahan tadi dalam raga yang berlubang supaya air dari lobak,sengkuang tadi kering. Kalau tak kering nanti time menggulung kulit koyak & hasilnya tak cantek & tak rangup
  4. Bila Bahan inti dah kering & sejuk boleh start menggulung.
  5. Gulung jangan terlalu [email protected] ye, inti pun jangan terlalu banyak (sedang2 je supaya popia tak lemau @ lembik bila sejuk)
  6. lekatkn dengan air je pada hujung gulungan supaya tak terbuka
  7. Habis menggulung, semua popia boleh goreng garing2 dengan api sederhana.
  8. Toskan popia goreng bagi [email protected] seblum disira.

Bahan-Bahan Untuk Sambal Sira Popia: (50pcs)

  • 8sb cili kisar (10tangkai Cili kering + 1/2 labu bawang putih+air sikit paras2 bahan sahaja/blend halus, ambik 8sb je dr bhan yg di blend)
  • 15sb @ 1 1/2 cawan kopi gula pasir
  • 2sb Sos cili
  • 1sk perasa Cukup rasa
  • 2sb Bijan
  • 1/2 cawan minyak masak

Cara Masak Sambal Sira:

  1. Tumis cili kisar sehingga pecah minyak
  2. Kemudian, masukkan perasa, gula, sos cili dan bijan
  3. kacau sampai pekat & berbuih guna api sedang sahaja. Jangan tambah air bila buat sambal sira
  4. Gula memang guna lebih dari cili ye (itu tips supaya popia kekal rangup, dan sos cili jadi berkilat cantik)
  5. Bila dah pekat dan berbuih, tutup api dan biarkan sambal suam
  6. Dah suam baru boleh masukkan popia dalam sambal
  7. Tunggu popia dah betul2 sejuk baru boleh susun dalam bekas

Untuk inti popia tu tadi, kalau nak tukar dengan ayam, daging, sayur lain pun boleh je. Ikut pada selera masing-masing.

Cuba Juga Resepi Kuih Lopes Sedap

Komen Jika Resepi Ini Sedap

comments

Add Comment